suria

Sering pesan Gojek jadi punca cerai, Andre Taulany dedah isteri belanja RM500 sehari

Andre dikatakan tidak tahan dengan sikap boros isteri.

KISAH kemelut rumah tangga pelawak dan pengacara, Andre Taulany kini menjadi bualan ramai selepas empat kali membuat permohonan cerai terhadap isterinya, Rien Wartia Trigina atau Erin.

Dalam dokumen permohonan yang difailkan pada Oktober lalu, salah satu alasan Andre, 51, untuk berpisah adalah sikap boros isterinya yang dianggap membebankan.

Bukan sahaja mengamalkan gaya hidup mewah, malah Erin didakwa kerap berbelanja besar ketika membuat pesanan penghantaran makanan sehingga mencecah hampir RM500 setiap hari.

“Enam bulan kebelakangan ini, pemohon (Andre) tidak lagi tinggal bersama isteri dan anak-anak.

Andre juga dakwa Erin tidak beri layanan baik sebagai isteri. 

“Isteri selalu memesan makanan yang mahal di aplikasi Gojek, di mana satu hari boleh mencapai RM500. Apabila dikira dalam sebulan boleh cecah sekitar RM10,000 hingga RM15,000,” tulis seperti yang tertera dalam dokumen berkenaan.

Bagi Andre, sikap seperti itu tidak boleh diterima kerana dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab nafkah terhadap keluarga meskipun kini berdepan isu perceraian.

Dalam masa sama, dokumen cerai itu turut menyebut tentang layanan buruk Erin terhadap ibu bapa Andre.

Malah, dia juga mendakwa Erin tidak memberi layanan baik sebagai isteri dan sering keluar bersama rakan-rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Larang ambil minuman keras, netizen puji pengacara Andre Taulany ‘sekolahkan’ anak secara terbuka 

ARTIKEL BERKAITAN: Genap dua tahun kahwin, pemain bola failkan cerai terhadap isteri... Kantoi nama dipanggil ketika perbicaraan mahkamah

“Selalu sibuk bermain telefon di rumah serta keluar bersama rakan-rakan. Setiap kali pulang kerja, Andre tidak disambut dengan baik,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Andre dan Erin mendirikan rumah tangga pada Disember 2005.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki.

Andre sudah empat fail membuat permohonan cerai. 

Kali pertama Andre memfailkan cerai pada April 2023 dan kemudian pada September tahun yang sama.

Dia sekali lagi membuat permohonan cerai pada September lalu.

Ketiga-tiga permohonan tersebut ditolak mahkamah atas faktor alasan perceraian yang tidak kukuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain