SELEPAS mengadakan konsert, kumpulan NCT mencuri perhatian ramai apabila membayar semua bil makanan pengunjung di sebuah restoran hotpot terkenal.
Memetik laporan Mothership, tiga anggota kumpulan NCT iaitu Renjun, Haechan, dan Jaemin dilihat menikmati makan malam di restoran hotpot terkenal Haidilao cawangan Marina Bay Sands selepas acara konsert selesai.
Namun, apa yang lebih mengejutkan ramai apabila kumpulan K-pop berkenaan membayar semua bil makanan dipesan pelanggan yang juga merupakan peminat setia mereka.

Sikap murah hati NCT menerima pujian ramai.
Menerusi video tular di media sosial, Haechan dan Jaemin dilihat keluar dari restoran Haidilao sambil memegang resit pembayaran yang panjang dan tersenyum mesra kepada peminat yang merakam aksi mereka.
Malah kesemua anggota kumpulan itu turut melambai dan mengangguk sebagai tanda menghargai sokongan para peminat.
Dalam pada itu, pihak restoran turut mengesahkan perkara itu dalam sebuah hantaran di Instagram dan meluahkan rasa bangga atas kunjungan penyanyi terkenal Korea Selatan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Renjun NCT tertekan diganggu peminat fanatik, merayu berhenti mengekorinya
ARTIKEL BERKAITAN: Anggota NCT dituduh tiduri 3 pelayan bar di Jepun, foto depan hotel buat peminat berang
“Kami berasa sangat berbesar hati dengan kehadiran mereka di restoran kami. Ahli NCT Dream juga membuat keputusan untuk membayar keseluruhan bil malam itu setelah mengetahui bahawa semua pengunjung yang makan adalah peminat mereka,” tulis kenyataan itu.
Sikap pemurah anggota NCT Dream ini terus menjadi bualan netizen yang rata-ratanya memuji sifat rendah hati kumpulan berkenaan yang sentiasa menghargai peminat mereka.
"Mereka bukan saja berbakat, tetapi berjiwa besar.
"Untungnya peminat NCT dapat makan percuma," tulis netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


