PENYANYI Lily Allen menghadiahkan alat mainan seks kepada rakan-rakan selebriti yang hadir sempena pelancaran album baharu.
Album berjudul West End Girl itu dibuat bagi menceritakan kisah curang bekas suaminya yang juga pelakon David Harbour.

Lily sangat geram dengan perbuatan bekas suaminya itu.
Setiap tetamu yang hadir menerima alat mainan seks yang turut berfungsi sebagai pemacu USB mengandungi lagu-lagu baharu Lily.
Menurut sumber, majlis berlangsung dalam suasana meriah dan Lily terpaksa melakukan temu bual di tandas kerana suasana terlalu bising.
ARTIKEL BERKAITAN: Rossa tulis wasiat setiap tahun, tak lupa tinggalkan harta buat pembantu rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Song Ji Hyo tak putus asa, syukur perniagaan pakaian dalam semakin laku
Album tersebut hadir selepas Lily berdepan perceraian pada Disember tahun lalu selepas mendakwa David mempunyai hubungan sulit selama tiga tahun dengan seorang wanita muda.
Untuk info, Lily dan David berkahwin pada September 2020 dan bercerai pada Disember 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


