PELAKON Indonesia, Eza Gionino bersetuju untuk membayar nafkah kepada tiga anaknya sebanyak RM6,340 setiap bulan.
Perkara itu disahkan oleh peguam kepada bekas isterinya, Meiza Aulia Coritha iaitu Rendi Rumapea selepas prosiding kes perceraian pasangan tersebut di Mahkamah Agama Cibinong, Bogor, Indonesia, pada Isnin.
“Kita sudah sepakat di ruang mediasi mengenai jumlah nafkah anak. Hakim kemudian mengarahkan agar hasil mediasi itu dimasukkan dalam dokumen rasmi. Jadi, jumlahnya Rp25 juta sebulan (RM6,340) untuk tiga anak,” katanya.

Kes cerai Eza dan isteri masih berjalan di mahkamah.
Rendi berkata, keputusan itu dicapai selepas kedua-dua belah pihak bersetuju dalam proses mediasi yang dijalankan sebelum ini.
Menurut Rendi, jumlah nafkah tersebut tidak termasuk kos pendidikan dan kesihatan, malah akan menaikkan sebanyak 10 peratus setiap tahun.
“Kalau dari pihak defendan (Eza) mahu ada perubahan, itu hak mereka. Tapi hakim sudah menegaskan, jumlah itu merupakan hasil kesepakatan bersama antara plaintif dan defendan.
ARTIKEL BERKAITAN: Nasib malang pelakon sinetron... Ibu paksa kahwin, abang pula tamak harta, hidup dilayan seperti mesin ATM
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon senior jatuh miskin terpaksa tinggal dalam hutan, dedah 3 tahun berkawan dengan puntianak
“Nafkah anak ini tidak termasuk kos pendidikan dan perubatan serta akan ditambah 10 peratus setiap tahun.
“Eza rasa dia mampu sebab itu dia bersetuju semasa sesi mediasi. Tiada unsur paksaan, malah kedua-dua pihak menandatangani hasil mediasi tersebut,” jelasnya.
Ketika ditanya tentang kemungkinan pasangan itu kembali rujuk, Rendi menjelaskan setakat ini tiada tanda-tanda ke arah itu.

Eza dan isteri belum ada perancangan untuk kembali berbaik.
“Setahu saya, mereka memang baru bertemu semula, tapi untuk rujuk saya kena pastikan lagi dengan anak guam saya. Buat masa ini belum ada keinginan untuk kembali bersama,” katanya.
Selain nafkah anak, Meiza turut menerima nafkah idah daripada Eza sebanyak Rp21 juta (RM5,330) untuk tempoh tiga bulan. Bagaimanapun Meiza dikatakan tidak menuntut nafkah mutaah daripada bekas suaminya itu.
Untuk rekod, Eza dan Meiza mendirikan rumah tangga pada 2018.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


