suria

Getaran muzik buat Jameela Jamil tiba-tiba capai puncak syahwat depan 6,000 petani

Jameela anggap kejadian tersebut sesuatu yang kelakar.

PELAKON dan aktivis terkenal, Jameela Jamil berkongsi pengalaman memalukan apabila dia mengalami orgasma atau puncak kenikmatan syahwat di hadapan kira-kira 6,000 petani di United Kingdom. 

Perkara itu didedahkan Jameela menerusi satu temu bual dalam program The Romesh Ranganathan Show. 

Jameela berkata, ketika itu dia membuat persembahan di acara Young Farmer's Ball yang menggunakan pembesar suara besar di pentas utama. 

Jameela kongsi kejadian tersebut di sebuah podcast.

"Tiada tempat lain untuk saya letak peralatan DJ selain di atas pembesar suara itu dan ketika itu baru berusia 26 tahun. 

"Getaran bass daripada lagu-lagu yang saya mainkan mula 'membangkitkan sesuatu' di bahagian bawah badan saya,"katanya. 

Menurutnya, dia cuba menutup rasa itu dengan terus memainkan lagu-lagu berentak berat seperti karya Dizzee Rascal namun situasi semakin sukar dikawal. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tertayang punggung di khalayak ramai, Poonam Pandey kantoi tak pakai seluar dalam

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa tulis wasiat setiap tahun, tak lupa tinggalkan harta buat pembantu rumah

"Saya mula bernafas dengan laju dan ketika itu pengurus saya datang bertanya sama ada saya perlukan alat sedut asma. 

"Saya halau dia dan teruskan main lagu. Tapi akhirnya saya tak dapat tahan dan alami orgasma di atas pentas. 

"Saya seorang wanita muda yang sensitif ketika itu. Saya tak sangka perkara itu boleh berlaku," katanya.

Katanya, pengalaman tersebut antara momen yang tidak dapat dilupakan dan jarang didedahkan kepada umum.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain