PELAKON Korea Selatan, Gong Hyo Jin menafikan dakwaan kononnya dia sedang berbadan dua.
Menerusi gambar terbaharu yang dimuat naik di Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu kelihatan bergaya santai mengenakan t-shirt putih sekali gus menutup mulut netizen yang selama ini mendakwa melihat ‘baby bump’.

Hyo Jin belum dikurniakan rezeki memperoleh zuriat.
Sebelum ini, sekeping foto ketika Hyo Jin bercuti di Jepun tular apabila dia dilihat memakai gaun sambil meletakkan tangan di pinggang sehingga mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan peminat pada 22 Oktober lalu.
Bagaimanapun, agensinya Management SOOP menegaskan khabar tersebut tidak berasas sama sekali.
“Khabar angin mengenai kehamilan Gong Hyo Jin sama sekali tidak benar,” katanya menerusi satu kenyataan pada 23 Oktober lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Tarikh akad berbeza dengan sijil nikah, Uqasha Senrose persoal perkahwinan dengan Kamal Adli sah atau tak?
ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose mohon maaf… “Saya tidak patut bercakap tentang perkahwinan secara umum”
Untuk rekod, Hyo Jin mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Kevin Oh pada 2022.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


