suria

Tetamu dapat barangan elektrik, Amanda Manopo berhabis RM1.2 juta buat majlis kahwin... Semua guna duit suami

Perkahwinan Amanda dan Kenny berlangsung meriah.

MAJLIS pernikahan pelakon Amanda Manopo yang berlangsung pada 10 Oktober lalu terus menjadi bualan kerana diadakan dalam suasana penuh mewah dan glamor. 

Lebih istimewa, tetamu yang hadir turut mendapat hadiah cenderamata berupa barangan elektrik yang dipilih sendiri oleh Amanda dan suaminya, Kenny Austin. 

"Kami sama-sama datang daripada dunia hiburan, jadi hadiah yang diberikan melambangkan diri kami. 

Amanda kini bahagia bergelar isteri kepada Kenny. 

"Saya pesan semua barang itu. Ada televisyen, pengisar jus dan ketuhar gelombang mikro," katanya dalam satu temu bual. 

Majlis yang berlangsung di Hotel The Langham, Senayan, Jakarta itu turut disiarkan secara langsung di sebuah stesen televisyen Indonesia. 

Melihat kepada keseluruhan perbelanjaan majlis, ramai yang membuat andaian Amanda memperuntukkan bajet besar sempena hari bahagianya itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Amanda Monopo dikerumun peminat, tak sedar dada diraba 

ARTIKEL BERKAITAN: Getaran muzik buat Jameela Jamil tiba-tiba capai puncak syahwat depan 6,000 petani

Tidak menafikan perkara tersebut, pelakon itu memberitahu semua kos dianggarkan sekitar RM1.2 juta dan ditanggung sepenuhnya oleh suami. 

"Banyak melibatkan dekorasi dan katering. Banyak juga yang perlu kami uruskan. Jumlah keseluruhan di bawah RM1.2 juta. Semuanya Kenny yang belanja," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain