KES perceraian antara penyanyi Sia dan Daniel Bernad semakin tegang apabila bekas suaminya itu didakwa cuba memanipulasi dan memburukkan namanya demi mendapatkan hak penjagaan penuh terhadap anak mereka.
Sia, 49, yang memfailkan perceraian pada Mac lalu pada awalnya mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak lelaki mereka iaitu Somersault Wonder yang kini berusia 19 bulan.
Namun, Bernad kemudiannya memohon hak penjagaan penuh dengan alasan Sia merupakan ancaman kepada keselamatan anak mereka kerana terlibat dengan dadah.

Sia dedah perangai sebenar bekas suaminya.
Bagaimanapun Sia menafikan perkara tersebut dan mendakwa bekas suaminya itu pernah disiasat pihak berkuasa atas tuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak.
Menurut Sia, Bernad tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Somersault berada dalam bahaya ketika di bawah jagaannya dan menegaskan dia sudah bebas daripada ketagihan dadah lebih enam bulan lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami Sia tuntut nafkah RM1.2 juta sebulan, dedah punca pernah hidup mewah bersama
ARTIKEL BERKAITAN: Sia dedah 3 tahun derita kemurungan, sukar terima hakikat selepas cerai
Penyanyi lagu Chanelier itu berkata dia komited terhadap pemulihan diri termasuk menjalani ujian dadah secara mingguan.
Sia turut mendakwa tindakan Bernad menuntut lebih masa penjagaan anak dibuat atas motif kewangan dan mendedahkan sudah membayar bekas suaminya itu sebanyak AS$300,000 (RM 1.25 juta) sejak mereka berpisah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


