PELAWAK dan pengacara Andre Taulany akhirnya mencapai kata sepakat dengan isterinya untuk berpisah secara baik.
Dalam satu sidang media yang berlangsung pada Rabu, Andre memaklumkan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bercerai selepas mendapatkan perkhidmatan peguam dalam proses meditasi.
Peguam bernama Malik Bawazier memberitahu, Andre dan isterinya, Rien Wartia Trigina atau Erin tidak lagi perlu hadir ke mahkamah bagi proses perbicaraan kes cerai.

Andre bersama Malik yang merupakan orang tengah perceraian dia dengan isterinya.
Ini kerana kedua-dua mereka berjaya menyelesaikan segala pertelingkahan secara baik di luar mahkamah.
Justeru hanya wakil kepada Andre dan Erin yang perlu membuat pengesahan mereka bercerai di luar mahkamah.
Bercakap kepada media, Andre berkata fokusnya kini hanya untuk memberi yang terbaik buat anak-anak selepas bercerai.
ARTIKEL BERKAITAN: Sering pesan Gojek jadi punca cerai, Andre Taulany dedah isteri belanja RM500 sehari
ARTIKEL BERKAITAN: Larang ambil minuman keras, netizen puji pengacara Andre Taulany ‘sekolahkan’ anak secara terbuka
"Jika mahu dikatakan saya lega, tidak juga. Tiada siapa yang mahu bercerai.
"Apa yang penting kami akan berusaha menjadi ibu bapa terbaik. Mental anak-anak perlu dijaga," katanya.
Andre dan Erin turut mengambil keputusan untuk tidak membuka atau bercerita lanjut mengenai masalah dalam rumah tangga yang membawa kepada perceraian.

Andre sebelum ini sudah empat kali membuat permohonan cerai.
Untuk rekod, Andre dan Erin mendirikan rumah tangga pada Disember 2005.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki.
Sebelum ini, Andre telah membuat permohonan cerai sebanyak empat kali namun ditolak mahkamah atas alasan tidak kukuh.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


