PENYANYI Justin Bieber sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi pandangannya tentang isu kecurangan dalam rumah tangga.
Memetik laporan Mirror UK, Justin menganggap kecurangan bukan hanya melibatkan tindakan fizikal tetapi juga pemikiran dan niat seseorang.
Bagi Justin, seseorang lelaki yang memikirkan wanita lain dengan perasaan bernafsu sebenarnya sudah melakukan kecurangan terhadap pasangan.

Justin berkongsi pandangan tentang kecurangan dalam rumah tangga.
"Kalau kamu (lelaki) teringatkan wanita lain dengan nafsu, itu sama saja seperti benar-benar melakukannya. Itu sudah dikira anda curang terhadap pasangan," katanya.
Dalam pada itu, Justin turut berpendapat seseorang yang melayan orang lain dengan kemarahan turut dianggap melakukan kesalahan besar.
"Kalau kamu melayan seseorang dengan marah, ia sama seperti membunuh orang itu,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber buat hal lagi, selamba berjalan pakai seluar dalam warna putih
ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber sedia tambah anak, isteri letak syarat sebelum kembali hamil
Kenyataan tersebut bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.
Sebahagian pengguna media sosial menganggap pandangan Justin sebagai bercanggah dengan imej dan lirik lagu-lagunya yang banyak berkisarkan tentang hubungan cinta yang rumit dan penuh godaan.
"Justin ini macam tengah mengajar kelas agama, padahal separuh lagu nyanyian dia macam pengakuan daripada orang yang pernah curang.
“Secara biologi, semua lelaki tetap akan berasa tertarik kepada wanita lain walaupun sudah berpasangan. Bezanya adalah bagaimana dia mengawal perasaan itu," tulis netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


