suria

Aslam mohon maaf secara terbuka kepada Abby Abadi, pilih poligami demi jaga maruah Marissa Dania

Aslam akhirnya mohon maaf secara terbuka kepada ibu mentuanya iaitu Abby Abadi.

MENANTU Abby Abadi iaitu Ahmad Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pelakon berkenaan pada Khamis.

Aslam, 26, berkata, walaupun dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun dia memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.

"Di sini saya ingin menjelaskan yang saya sudah pun pernah meminta maaf pada ibu mentua saya, baik ibu mentua isteri pertama dan juga isteri kedua saya.

"Tetapi disebabkan ibu mentua saya mungkin ingin saya memohon maaf secara terbuka di publisiti platform media.

Aslam cuba berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya.

"Dengan rendah hati, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua pihak terutama ibu mertua saya Abby Abadi kerana banyak perkara telah saya lakukan yang sangat berat," katanya menerusi hantaran di Threads pada Khamis.

Dalam pada itu, Aslam berkata, dia sebelum ini memilih mendiamkan diri kerana sedar kesilapan dilakukan namun tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan isu menjadi semakin besar.

"Saya jarang bersuara, dikeranakan saya ditempat dan kedudukan yang bersalah, saya akui saya bersalah tapi ada masa diam itu bukan lagi pilihan.

"Saya akui saya banyak melakukan kesilapan pada semua pihak. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas sebab diam saya perkara jadi lebih besar," jelasnya.

ARTIKEL BERKIATAN: Aslam dah berani buat live TikTok, cerita kerja sebagai pemandu e-hailing... “Saya pelik siapa pula beritahu”

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa dan Aslam kahwin 27 Disember lalu, Norman dan Abby tak restu minta anak berpisah

Tambah Aslam, menasihati secara tertutup adalah jalan terbaik dan bukan memilih bercerita kepada umum sehingga menimbulkan fitnah.

Dia juga tidak minta dirinya difahami tetapi berharap agar dihormati sebagai seorang suami.

"Saya hormat semua pandangan termasuk yang menentang poligami tapi apabila sindiran, tohmahan dan hantaran terbuka dijadikan medium menyindir kami sekeluarga itu bukan lagi pandangan. Itu serangan peribadi," kongsinya.

Menerusi Threads berbeza, Aslam menjelaskan dia memilih berpoligami disebabkan rasa tanggungjawab sekali gus ingin menjaga maruah Marissa dari terus dipermainkan.

Saya bukan sempurna, tapi saya berusaha berlaku adil.

ASLAM

MENANTU ABBY ABADI

Sebagai suami, dia juga sedaya upaya menjalankan tanggungjawab dengan seadilnya terhadap kedua-dua isterinya.

"Ya, saya memilih untuk berpoligami dan ya, saya berkahwin secara senyap, bukan kerana suka-suka tetapi kerana keadaan yang memerlukan begitu. Saya tahu risiko dan beban yang datang bersamanya. 

"Tapi saya juga tahu lebih baik saya bertanggungjawab daripada terus bermain dengan perasaan dan masa depan orang lain.

"Demi menjaga maruah dan niat baik keluarga. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kedua-dua isteri saya. 

Luahan hati Aslam selepas lama mendiamkan diri di Threads.

"Mereka tidak berkongsi tempat tinggal, tidak berkongsi nafkah. Masing-masing saya jaga mengikut kemampuan dan keperluan mereka. Saya bukan sempurna tapi saya berusaha berlaku adil," luahnya.

Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa, 20, iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.

Aslam mahu jadi suami terbaik buat Umisya dan Marissa.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

Manakala bersama Marissa pasangan ini belum dikurniakan anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain