PERSONALITI media sosial Umisya Mazlan mendedahkan akaun Instagram miliknya disekat oleh pelakon Abby Abadi dan madunya iaitu Marissa Dania.
Umisya, 26, berkata disebabkan itu juga dia tidak mengikuti perkembangan terkini anak-beranak itu melainkan mengetahui daripada kiriman rakan terdekat atau laporan media.
Malah kata Umisya, dia sendiri tidak berminat untuk mengambil tahu atau mencampuri urusan orang yang tiada kaitan dengannya.
"Saya tekankan saya sudah disekat oleh Puan Abby dan anaknya. Jadi saya memang tak tahu dengan hal-hal berkaitan dengan mereka kecuali yang telah dikeluarkan oleh media atau netizen.
Marissa sudah menyekat akaun IG Umisya.
"Malah saya sendiri memang tak berminat untuk masuk campur hal-hal lain yang tidak ada kena mengena dengan saya," katanya.
Umisya tampil mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada Khamis.
Menerusi hantaran di Instastory, Umisya turut memaparkan bukti Instagramnya disekat oleh Abby dan Marissa.
Dalam pada itu, Umisya memberitahu dia tidak pernah menuntut permohonan maaf daripada mana-mana pihak sepanjang kemelut rumah tangganya berlaku.
ARTIKEL BERKAITAN: Aslam mohon maaf secara terbuka kepada Abby Abadi, pilih poligami demi jaga maruah Marissa Dania
ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi ‘block’ akaun palsu, silap layan netizen toksik
"Saya ingin menegaskan yang saya sama sekali tidak pernah mengeluarkan tentang maaf apatah lagi untuk mana-mana pihak meminta maaf pada saya sendiri.
"Baik pihak yang bersalah ataupun pihak yang sama sekali tidak melakukan apa-apa salah," ujarnya.
Sementara itu, Misya turut menyangkal dakwaan orang ramai yang mengatakan dia menumpang populariti Marissa selepas isu dirinya dipoligami menjadi perhatian.
Jelasnya dia sendiri tidak pernah bertemu Marissa sebaliknya membina sempadan untuk kekal bahagia walaupun berpoligami.
Umisya menunjukkan bukti akaun IG miliknya disekat Marissa dan Abby.
"Jauh sekali tentang populariti, siapa sangka ujian sebegini membawa saya sampai ke sini. Kalau betul saya menunggang populariti seperti yang dikatakan.
"Saya sama sekali akan membuat konten berpegang tangan bersama madu saya dan menjual produk bersama pihak sana serta sebagainya.
"Malah saya dan pihak sana membuat sempadan untuk ketenangan masing-masing. Hanya kami yang tahu tentang hal yang terjadi," luahnya.
Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak memintanya memohon maaf kepada Umisya.
Saya sendiri memang tak berminat untuk masuk campur hal-hal lain yang tidak ada kena mengena dengan saya.
UMISYA MAZLAN
Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Ahmad Aslam, 26, datang memohon maaf kepadanya.
Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Umisya menjelaskan situasi sebenar di Threads miliknya.
Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.
Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.
Manakala bersama Marissa pasangan ini belum dikurniakan anak.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!