suria

Rampas Cintaku dikritik kerana babak ‘daring’ diterima baik di China, iQIYI beri peluang pengarah berkarya ikut garis panduan

Rampas Cintaku merupakan lakonan mantap Fasha Sandh dan Afieq Shazwan.

LANGKAH berani mengetengahkan babak 'daring' di dalam drama Rampas Cintaku membuahkan hasil apabila diterima penonton di negara China.

Menurut Ketua Kandungan iQIYI Malaysia iaitu Zebedee De Costa, dia menganggap satu kerjayaan baharu selepas drama berkenaan berjaya meraih 1 juta tontonan di negara itu.

"Saya ambil langkah berani di dalam drama Rampas Cintaku kerana mahu cerita itu mengembara, dan ia berjaya. Kami menerima kritikan untuk drama itu.

Lakonan Fasha Sandha dan Afieq berjaya tambat hati penonton.

"Tapi musim pertama dan kedua drama itu telah dibawa ke China dan mendapat sekitar 1 juta tontonan. Nampak kecil, tapi bagi saya itu angka besar.

"Bayangkan orang di China yang tidak memahami budaya Malaysia, kini mula menonton cerita Melayu. Itu bagi saya satu janji bahawa kandungan tempatan boleh pergi ke luar negara," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zebedee juga berpendapat sesebuah karya kadang kala perlu lebih terbuka agar boleh diterima oleh penonton luar.

ARTIKEL BERKAITAN: Rampas Cintaku 2 semakin hangat... Cinta 4 segi Datin Safieya buat penonton tak senang duduk!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lakon adegan ranjang bersama Afieq Shazwan, Fasha Sandha sedia diserang warganet

Disebabkan itu pihaknya sentiasa memberi kebebasan kepada pengarah dan penerbit untuk berkarya namun meletakkan syarat agar tiada adegan keterlaluan.

"Mereka (penerbit dan pengarah drama) bebas untuk berkarya tapi tidak semua perkataan lucah atau adegan seks perlu dimasukkan.

"Mereka perlu menapis sediri terutama jika adegan itu tidak menyumbang kepada jalan cerita, ia tidak perlu ada. Begitulah cara kami tapis kandungan," ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga tidak akan melangkui garis panduan yang sudah ditetapkan pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Fasha berjaya bawa watak yang diberikan dengan baik.

"Kami tidak akan pergi terlalu jauh kerana akhirnya kami tetap perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan. Jadi kami tidak akan melampaui batas," jelasnya.

Dalam pada itu, Zebedee juga memberitahu iQIYI akan memberi tumpuan kepada drama berbahasa Melayu mulai tahun 2025.

Katanya, drama-drama yang bakal dibawa akan mengetengahkan pelbagai emosi seperti memaparkan kisah pengkhianatan dan keinsafan diri.

"Sebagai platform #1 pilihan untuk drama tempatan, iQIYI berpotensi menampilkan lebih ramai bakat tempatan dan memperkenalkan barisan drama baharu sepanjang tahun 2025," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain