suria

Kesihatan Rahim Jailani semakin baik, sedia terima tawaran lakonan

Rahim sudah bersedia untuk kembali bekerja.

SELEPAS hampir sebulan berehat kerana masalah jantung, pelakon Rahim Jailani memaklumkan keadaan kesihatannya kini semakin baik.

Rahim, 64, memberitahu dia sudah bersedia untuk kembali bekerja dan sedang menanti tawaran lakonan.

"Alhamdulillah, keadaan saya sekarang stabil dan sudah boleh aktif berlakon semula. Saya sedang menunggu mana-mana tawaran diberikan. 

Rahim alami serangan jantung kedua pada awal April lalu.

“Cuma, buat masa ini belum ada tawaran lagi. Kadang-kadang risau juga sebab mungkin mereka ingat saya masih sakit, tapi Alhamdulillah saya sudah semakin sihat sekarang,” katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Rahim mengakui masalah jantung yang dialaminya itu berikutan kelalaian dirinya dalam menjaga kesihatan. 

Malah, ini merupakan serangan jantung kali kedua selepas dia melakukan prosedur stent beberapa tahun lalu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Rahim Jailani terkena serangan jantung semasa sedang tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Zamarul Hisham selesai jalani prosedur angiogram, punca sesak nafas rupanya serangan jantung

“Apa yang berlaku kepada saya pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini sebab kelalaian sendiri. Saya tak kawal minum air kerana cuaca yang terlalu panas. 

“Dari puasa Ramadan sehingga tiba hari raya, saya terlalu banyak minum air dan tidak mengawalnya. Jadi, secara tiba-tiba saya terus kena serangan (jantung).

"Ia adalah serangan jantung kali kedua yang saya kena selepas berbelas tahun dulu. Saya pun dah pernah buat 'stent' pada jantung sebelum ini, tapi tak sangka selepas sekian lama, kena serangan lagi," ujarnya. 

Kadang-kadang risau juga sebab mungkin mereka ingat saya masih sakit, tapi Alhamdulillah saya sudah semakin sihat. 

RAHIM JAILANI

PELAKON

Berkongsi rawatan diterima di Hospital Jelebu, Negeri Sembilan, Rahim berkata dia dimasukkan ke wad selama empat hari dan doktor memaklumkan air dalam tubuh terlalu banyak. 

Dia bagaimanapun masih perlu menjalani rawatan susulan yang dijadualkan pada Jun depan. 

"Ketika dimasukkan ke Hospital Jelebu Negeri Sembilan selama empat hari untuk rawatan lanjut, doktor berjaya keluarkan sebanyak 3.7 liter air dalam badan saya. Dah terlalu banyak (air).

Rahim sedia terima tawaran berlakon.

"Apapun, saya akan ada pemeriksaan doktor pakar di Kuala Lumpur pada Jun depan. Tapi, sekiranya berlaku kecemasan dan sebagainya sebelum tarikh temujanji itu, saya boleh terus dibawa ke hospital," katanya. 

Pada 7 April lalu, Rahim dikejarkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung semasa berada di kampungnya di Negeri Sembilan. 

Menurut anaknya iaitu Muhamad Fadzlan Tasyriq, 25, bapanya terkena serangan jantung itu semasa sedang tidur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain