SUDAH 15 tahun bergelar anak seni, pelakon Taufiq Hanafi tidak menganggap namanya kurang dikenali disebabkan wujud layanan ‘double standard’.
Taufiq atau Mohamad Taufiq Mohd Hanafi, 34, berkata, dia percaya setiap orang mempunyai rezeki masing-masing dan tidak pernah mempertikaikan mengenainya.
“Saya tidaklah rasa berlaku double standard cuma saya anggap mungkin belum ada rezeki lagi.
Taufiq mahu mencabar diri melakonkan pelbagai watak.
“Ada seorang individu dalam industri pernah memberitahu dia juga selalu ditolak tapi apabila diberi peluang kena beri yang terbaik.
“Jadi saya berpegang pada nasihat itu, mungkin selepas ini ada rezeki saya,” katanya kepada mStar.
Berkongsi perjalanan bergelar anak seni, Taufiq tidak mahu dilabel sebagai pelakon filem aksi memandangkan sering terlibat dalam naskhah berkaitan unit beruniform.
ARTIKEL BERKAITAN: Gementar pertama kali jejak Tanah Suci... Taufiq Hanafi tak kongsi cerita umrah, mahu fokus ibadah
ARTIKEL BERKAITAN: Ada hikmah kongsi resume, Taufiq Hanafi dapat panggilan kerja dari Singapura dan Indonesia
Kongsi Taufiq, dia mahu melakonkan pelbagai watak bagi mencabar kebolehan sebagai pelakon versatil.
“Saya sudah dilabel sebagai pelakon badan beruniform. Kerjaya saya sebagai seorang pelakon, kalau boleh saya cuba nak variasikan. Orang kenal saya dengan filem aksi.
Saya tidaklah rasa berlaku double standard cuma saya anggap mungkin belum ada rezeki lagi.
TAUFIQ HANAFI
PELAKON
“Saya pernah berbual dengan penerbit dan pengarah. Mereka kata tak buat filem badan beruniform, saya terfikir takkan saya hanya layak berlakon dalam naskhah seperti itu sahaja.
“Saya mahu menukar stigma pemikiran pengkarya di luar sana sebab setiap pelakon itu mempunyai kelebihan mereka sendiri,” ujarnya.
Untuk info, Taufiq sebelum ini dikenali menerusi beberapa filem aksi termasuk Paskal dan Malbatt Misi Bakara.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube