BEBERAPA hari kesihatannya terganggu, penyanyi Beby Acha rupanya dijangkiti virus Influenza A selepas melakukan ujian saringan.
Disebabkan itu, Beby atau Nur Aishah Shari, 34, memberitahu dia perlu menjalani tempoh kuarantin selama lima hari bagi mengelak virus itu menjangkiti orang lain.
“Saya sudah buat pemeriksaan dan ternyata saya positif Influenza A (H1N1).
Perkongsian Beby di Instastorynya.
“Jadi saya kena kuarantin selama lima hari,” katanya.
Beby berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada malam Rabu.
Dalam pada itu, Beby memberitahu dia turut mengalami simptom-simptom seperti sakit tekak, batuk, muntah dan demam berpanjangan.
Malah Beby sempat menitipkan nasihat agar orang ramai perbanyakkan minum air masak sebagai langkah mencegah penyakit tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Kutip RM15.3 juta dalam 4 hari, ‘Ejen Ali The Movie 2’ bukti filem animasi tempatan semakin hebat
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ejen Ali: The Movie 2’ tampil watak baharu, telan kos RM10 juta
"Tanda-tanda awal, tekak saya rasa sakit sangat. Kemudian demam panas daripada Isnin sehingga hari ini (semalam).
"Sakit-sakit sendi, muntah, batuk, selesema dan terbaring sahaja sebab badan lemah sangat-sangat.
"Korang semua jaga diri ya, banyakkan minum air masak," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube