suria

Ketiadaan ‘Bik Tudung’ dalam live jadi tanda tanya, rupanya pembantu rumah Aliff Syukri sudah pulang ke Indonesia

Aliff sedih Bik Tudung sudah pulang ke Indonesia.

KEBIASAANNYA video siaran langsung usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri di TikTok pasti akan diserikan dengan kemunculan pembantu rumahnya yang dikenali sebagai 'Bik Tudung'.

Bagaimanapun sejak beberapa hari lalu, kelibat wanita asal Indonesia itu langsung tidak kelihatan menyebabkan ramai bertanya tentang keberadaannya.

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila Aliff memberitahu pembantu rumahnya itu sudah pulang ke Indonesia.

14 tahun Bik Tudung berkhidmat untuk Aliff.

Tiada kata-kata dapat diluahkan, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berasa sedih dengan pemergian Bik Tudung selepas 14 tahun berkhidmat bersamanya.

Malah Aliff memberitahu banyak jasa dilakukan pembantunya itu yang tidak mampu dibalasnya.

"Tiada kata-kata yang boleh saya katakan, sebenarnya saya terlalu sedih.

"Banyak jasa dia. Dia sudah pulang empat hari yang lepas tetapi saya sengaja tidak mahu kongsikan kepada orang ramai. Sebab itu saya sudah tidak buat video dengan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri tak promosi budaya LGBT, ‘Kelepok Raya’ inspirasi MV Hael dan Elizabeth Tan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung Aliff Syukri minat politik, mahu daftar jadi ahli Umno

"Sedih bila Bik Tudung yang sudah kerja dengan saya selama 14 tahun kena pulang ke Indonesia," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di Instagramnya pada Rabu.

Usahawan memuat naik kompilasi video yang memaparkan momen pembantu rumahnya itu sepanjang bekerja dengannya.

Antara momen yang dikongsikan Aliff di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih selepas mengetahui cerita sebenar ketiadaan Bik Tudung sejak beberapa hari lalu.

"Sedihnya Bik Tudung dah tiada, lama dah ikuti siaran langsung Aliff dengan dia.

"Bukan senang nak dapat pekerja yang ikhlas macam Bik Tudung ni.

"Bik Tudung ini suda lama kerja dengan Aliff, sedih pula bila tahu dia dah pulang ke Indonesia," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain