suria

Keluar rumah sehelai sepinggang, isteri minta Aliff Syukri jujur kalau curang… Wasiat harta nama sendiri

Shahida (kanan) akan menuntut harta sepencarian jika suami berlaku curang.

ISTERI kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tidak akan melenting sekiranya suami berlaku curang dalam rumah tangga. 

Sebaliknya kata Datin Seri Nur Shahida, 40, dia akan meminta pasangan meninggalkan rumah mereka tanpa membawa sebarang harta. 

“Aku tidak minta tapi andailah kata satu hari nanti kalau ada (curang), aku memilih untuk tidak bergaduh. Kau nak pergi, pergilah. 

Shahida (kiri) tidak akan mempertahankan suaminya jika wujud orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Shahida (kiri) tidak akan mempertahankan suaminya jika wujud orang ketiga dalam rumah tangga.

“Tapi yang penting wasiat kau atas nama aku. Kau (lelaki) tolong keluar rumah sehelai sepinggang, itu sahaja aku minta. 

“Dengar ya Aliff Syukri, ini pesanan mama laris (panggilan Shahida) kalau awak ada perempuan lain satu hari nanti, saya takkan bergaduh dengan dia (penyondol)... tapi tolong keluar daripada rumah ini,” katanya. 

Shahida berkongsi perkara itu bagi menjawab pertanyaan netizen menerusi sesi siaran langsung yang dibuat di TikTok miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga pernah bergelora tapi jodoh Shahida dan Aliff Syukri masih panjang... “Berpisah bukan tanda berakhirnya hidup”

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap suami sebagai ujian, ramai puji Shahida tabah dan matang berdepan kontroversi Aliff Syukri

Dalam pada itu, Shahida memberitahu sebagai wanita mereka perlu bersikap tegas dan bijak dalam menyelesaikan isu rumah tangga. 

“Apa yang penting saya tuntut harta sepencarian. Walaupun rumah atas nama suami, kita berhak tuntut harta sepencarian.

“Kita perempuan perlu ada ketegasan sebab itu papa (panggilan Aliff) takut dengan aku. Jadi perempuan ini kena bijak. Jangan ikut emosi,” ujarnya. 

Malah baginya tidak perlu mempertahankan rumah tangga jika suami ada menyimpan perasaan terhadap wanita lain. 

Dia juga berharap Aliff akan bersikap jujur dalam perkahwinan termasuk berkaitan isu orang ketiga. 

“Lelaki kalau dia dah gila bayang dengan perempuan lain, engkau buat apa pun dia takkan pedulikan kau. 

Shahida dan Aliff bahagia bersama enam orang cahaya mata mereka.

Shahida dan Aliff bahagia bersama enam orang cahaya mata mereka.

“Jadi tak ada guna kau pertahankan lelaki macam itu. Kau merayulah kalau keluar air mata darah pun dia takkan tinggalkan perempuan tu kalau memang itu kemahuannya,” luahnya. 

Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga dengan Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, pada Ogos 2007.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain