SELEPAS lima bulan melahirkan anak pertama, penyanyi dan pelakon Nabila Razali akhirnya mendedahkan wajah dan nama cahaya mata sulung.
Merasakan sudah tiba masa yang sesuai, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, turut memohon doa yang terbaik buat Nik Muhammad.
“Baby M pun sudah berumur lima bulan dan saya rasa sudah tiba masanya Bella perkenalkan anak saya, Nik Muhammad.
Nabila bersama anak lelaknya iaitu Nik Muhammad.
“Terima kasih buat semua, selalu doakan baik-baik untuk Baby M, moga indah sahaja buat kalian,” katanya.
Nabila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Nabila turut mengingatkan peminat untuk hadir ke majlis akikah anak sulungnya itu yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali jemput orang ramai hadir majlis akikah anak di Kelantan 7 Jun ini
ARTIKEL BERKAITAN: Risau makanan tak cukup, Nabila Razali sudah ada ‘Plan B’ majlis akikah anak di Kelantan
Tambahnya, dia teruja kerana dapat beraya di kampung suami dan tidak sabar untuk meraikan kemeriahan Aidiladha bersama peminat.
“Salam Aidiladha buat semua. Moga pengorbanan dan amal ibadah kita menjadi bekalan yang diberkati dunia dan akhirat.
“Alhamdulillah tahun ini saya berkesempatan beraya di Kelantan. Buat semua sek kito (orang kita), jumpa kejap lagi di majlis akikah Baby M okay.
“Semua yang hadir jangan lupa jaga SOP, kita seronok datang makan-makan sambil bergambar okay,” ujarnya.
Pada Selasa, Nabila menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis akikah anak sulungnya di Kota Bharu pada 7 Jun bersempena Hari Raya Aidiladha.
Nabila (kanan) dan suami teruja meraikan Aidiladha di Kelantan.
Majlis akikah itu akan diadakan di Franky Corner bermula pukul 3 petang sehingga 5 petang.
Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang digelar sebagai Baby M pada 23 Disember tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube