suria

Elliza Razak tahu jaga batas, jawab dakwaan terlalu mesra dengan Nine

Ellizza dan Nine sering dilihat luangkan masa bersama.

KEAKRABAN penyanyi Elliza Razak bersama bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz iaitu Nine sering kali menimbulkan salah faham sehingga ada yang mendakwa mereka menjalinkan hubungan istimewa. 

Tampil menjawab perkara itu, Elliza, 41, berkata hubungannya  bersama Nine atau Mior Zulkarnain Mohd Zamhuri adalah atas dasar profesional kerana mereka menjalankan pernigaan bersama.

"Kami bukan suami dan isteri. Kami buat pernigaan bersama sebab itu orang nampak hampir setiap hari kami berjumpa," katanya.

Elliza tampil perjelas hubungannya bersama Nine.

Elliza berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.

Tambahnya mereka juga sentiasa menjaga batas dalam hubungan dan kemunculan bersama ketika sesi siaran langsung di sosial media turut ditemai ahli keluarga lain. 

"Buat live di luar rumah Abang Nine yang mana ada keluarga dia dalam rumah itu. 

"Kami menjaga batas dan sedar masih Islam. Tak nak buat dosa dah tua-tua ini. Dosa lampau banyak tak tahu Allah sudah ampunkan atau belum," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elliza Razak digelar pendek dan gemuk, minta netizen tunjuk wajah sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai keliru status Nine Phyne Ballerz, dedah sudah bercerai dengan 2 isteri

Dia juga berharap orang ramai tidak salah sangka dengan kemesraan mereka yang kadang-kala menggunakan bakat menyanyi sebagai hiburan untuk penonton.

Tambahnya lagi, dia dan Nine sudah berjanji untuk saling menyokong antara satu sama lain bagi memudahkan urusan perniagaan bersama.

"Kami buat live mencari rezeki bersama, nak bagi lagi ramai nampak produk baru kami.

"Kami berdua janji nak sokong antara satu sama lain seikhlasnya. Semua sibuk nak komplain sana sini dan mengata," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia