PELAKON Nelissa Nizam pernah berdepan situasi dia dimarahi oleh seorang aktres senior ketika awal pembabitannya dalam dunia seni.
Kata Nelissa atau Nelissa Edreena Nizam, 27, pengalaman ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam kerana dia sangat mengidolakan pelakon tersebut.
"Saya minta nak bergambar. Tapi dia marah. Marah yang betul-betul marah. Saya terus menangis sebab terkejut dan terasa hati sangat.
Nelissa tidak mengambil hati tentang tindakan pelakon senior tersebut.
"Masa itu saya masih pelakon tambahan dan berada dalam produksi sama," katanya kepada mStar.
Nelissa bagaimana sedar tindakan aktres berkenaan adalah tidak sengaja disebabkan ketika itu dia menegur pada waktu yang salah.
Bahkan minatnya terhadapp pelakon itu tidak pernah padam dan kini mereka juga boleh bekerjasama dalam satu produksi.
ARTIKEL BERKAITAN: Nelissa Nizam menggigil baca skrip, trauma teringat peristiwa hitam dalam kereta
ARTIKEL BERKAITAN: “Kita ada adab dan budaya kena jaga” - Nelissa Nizam berhati-hati pilih watak, bimbang cetus kontroversi
"Saya faham, mungkin masa itu dia tengah bersiap. Ada banyak babak nak dilakukan. Jadi mungkin waktu saya minta bergambar itu tidak sesuai.
"Sekarang bila saya dah ada watak besar dan berlakon semula dengan dia, semuanya okey saja. Kami baik.
"Saya masih minat dan hormatinya. Dia seorang yang besar dalam industri, dia legenda. Semua orang tahu siapa dia," ujarnya.
Nelissa mahu memberikan contoh terbaik kepada pelakon baharu.
Pengalaman itu juga membuatkan Nelissa berjanji tidak akan melakukan perbuatan sama terhadap orang lain atau mana-mana pelakon baharu di lokasi penggambaran.
“Daripada pengalaman sebagai pelakon tambahan dulu, saya berjanji takkan buat orang macam tu. Saya betul-betul pegang janji itu.
“Sebab perasaan ketika itu sangat-sangat tidak seronok. Semangat akan hilang. Jadi saya doa agar saya takkan pernah ulang perbuatan macam tu kepada sesiapa,” kongsinya
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube