suria

Imbau kenangan zaman kanak-kanak, ‘Mickey Mouse’ hiburkan peminat Malaysia selama empat hari

Disney Jr, Disney Jr. Live On Tour: Let's Play, konsert Disney, Arena of Stars, Mickey Mouse

BUAT julung kali peminat kartun Disney boleh merasai pengalaman menonton persembahan watak-watak animasi popular menerusi konsert Disney Jr. Live On Tour: Let's Play! yang akan berlangsung di Arena of Stars, Resorts World Genting Highlands.

Konsert yang berlangsung selama empat hari bermula 29 Ogos ini diserikan dengan lapan persembahan menampilkan watak-watak kesayangan daripada siri Disney Jr. dalam pengembaraan muzikal interaktif penuh keseronokan.

Penonton bakal menyaksikan persembahan langsung menampilkan karakter kartun Mickey Mouse, Minnie Mouse, Ariel The Little Mermaid, SuperKitties, Puppy Dog Pals dan Team Spidey. 

Tiket sudah mula dijual bermula 11 Jun lalu.

Dengan gabungan nyanyian, tarian, visual 3 dimensi (3D) mempesona dan aksi akrobatik mendebarkan, persembahan konsert ini menjanjikan sebuah pengalaman yang menghiburkan. 

Antara lagu-lagu popular yang akan dipersembahkan termasuk Hot Dog! (Mickey Mouse Clubhouse), Oopsie Kitty (Supper Kitties) dan Do the Spidey (Marvel's Spidey and His Amazing Friends). 

ARTIKEL BERKAITAN: Miley Cyrus luah rasa sedih, dedah punca dilarang nyanyi lagu sitkom ‘Hannah Montana’

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntutan Scarlet Johansson terhadap Disney berkaitan filem Black Widow selesai 

Dalam pada itu, wakil penerbit Terrapin Station Entertainment iaitu Jonathan Shank berkata pihaknya teruja membawa konsert ini ke Malaysia selepas mendapat sambutan luar biasa di Amerika Syarikat dan London. 

"Selepas mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat dan membuat penampilan sulung di London, kami amat teruja untuk membawa produksi ajaib ini kepada keluarga di Malaysia," katanya. 

Peminat boleh mendapatkan tiket di rwgenting.com dan ticketingtix.com bermula 11 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia