suria

Ariel Fesol juara Big Stage Alpha, 7 finalis jadi ‘boy group’ baharu... Bakal tampil di konsert Hael Husaini

Aeril dinobatkan sebagai juara Big Stage Alpha.

SELEPAS lapan minggu bersaing, Ariel Fesol diumumkan sebagai juara Big Stage Alpha (BSA) yang berlangsung di Royale Teater Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Ariel atau Muhammad Fhazrill Fesol, 27, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi.

Pada peringkat akhir itu Ariel berjaya menewaskan enam peserta lain selepas markah persembahan solo serta berkumpulan dicampurkan.

Aeril angkat piala kemenangannya sebagai tanda terharu.

Ray-D pula diumumkan sebagai naib juara yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 berserta trofi manakala Rizal Rasid terpaksa akur ditempat ketiga dengan membawa pulang RM10,000 dan trofi.

Tempat keempat menjadi milik Daniel Sher manakala kelima, Araff dan keenam Izat Ibrahim, 

Ketiga-tiga mereka menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Big Stage Alpha tuai pujian peminat Filipina lepas nyanyi lagu Gento

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Big Stage’ buat kelainan, tampil semua peserta lelaki

Akhir sekali di tempat ketujuh jatuh kepada Afiq Sky yang membawa pulang RM3,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Daniel menerima Anugerah Ikon Perfume Paradise yang menyaksikan dia membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000.

Memasuki segmen lagu berkumpulan, Alpha Prime yang dianggotai Daniel, Rizal, Ariel dan Araff menyanyikan lagu Hands Up nyanyian asal kumpulan dari Korea Selatan iaitu 2PM.

Manakala Alpha Ultra yang terdiri daripada Izat, Ray-D dan Afiq Sky membawakan lagu Run (BTS).

Ray-D naib juara Big Stage Alpha.

Sementara itu, kejutan tercipta apabila kesemua tujuh finalis dipilih bagi membentuk satu kumpulan ‘boy group’ baharu yang diberi nama Alpha.

Kumpulan Alpha ini turut melancarkan single baharu berjudul Mona Lisa pada penghujung acara.

Malah juri tetap Hael Husaini juga mempelawa Alpha untuk turut tampil membuat persembahan di konsertnya yang akan berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur pada 8 Ogos depan.

Arraf lengkapkan anggota ketujuh kumpulan Alpha.

Selain Hael, persembahan peserta dinilai dua juri tetap lain iaitu Edry Abdul Halim dan Datuk Syafinaz Selamat, sementara Marsha Milan bertindak sebagai juri jemputan.

BSA dihoskan oleh Elly Mazlein bersama Rina Nose.

Turut membuat persembahan pembukaan pada malam final BSA ialah penyanyi Aisha Retno.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain