suria

Daesung tambah Singapura dalam jelajah Asia, peminat Malaysia tarik nafas lega

Daesung bakal menghiburkan peminat di Malaysia dan Singapura.

KEKECEWAAN peminat di Malaysia yang terlepas menyaksikan konsert jelajah penyanyi Korea Selatan, Kang Daesung di Arena of Stars, Resorts World Genting Highlands, Pahang pada 7 Jun lalu bakal terubat.

Terbaharu Deasung, 36, bakal mengadakan konsert D’s Wave 2025 Asia Tour di Arena @ Expo di Singapura pada 2 Ogos depan.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen dari Malaysia teruja dengan pengumuman yang dibuat selepas kecewa apabila tarikh konsert di Malaysia jatuh pada sambutan Aidiladha.

Peminat tidak sabar mahu saksikan konsert Daesung di Singapura.

"Akhirnya, terima kasih sebab tambah Singapura dalam siri jelajah. Tak dapat nak pergi yang Malaysia punya sebab Hari Raya Haji (Aidiladha).

"Kali ini kena pergi sebab bukan jatuh pada tarikh raya Aidiladha.

"Mujur Singapura dekat sebelah Malaysia, dapat juga tengok Daesung depan mata," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Daesung Big Bang mahu sertai program I Am Solo, sudah sedia cari pasangan hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Seungri, giliran Daesung didakwa terlibat bisnes pelacuran

Difahamkan Daesung bakal mempersembahkan pelbagai lagu hitsnya pada acara itu.

Dalam pada itu, menurut penganjur konsert yang juga penyanyi Sufi Rashid, pihak pengurusan sepakat dalam menetapkan harga yang terbaik buat peminat yang mahu menyaksikan idola mereka di depan mata.

“Untuk konsert Daesung kali ini pihak penganjur bersetuju untuk memberikan harga yang berpatutan buat peminat-peminat yang dah lama nak saksikan penyanyi itu depan mata.

Konsert Daesung dijadualkan 2 Ogos depan.

“Istimewanya kali ini, bukan sahaja pada harga tiket malah kami ada menyediakan faedah seperti sesi Meet And Greet bersama Daesung,” katanya.

Harga tiket konsert D’s Wave 2025 Asia Tour In Singapore bermula daripada RM688 (Platinum), RM788 (Diamond) dan RM954 (VIP).

Tiket tersebut boleh didapati melalui laman rasmi Sistic.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain