DESAS desus hubungan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman sering kali menjadi tanda tanya peminat.
Terbaharu, tindakan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, yang menghadiahkan jambangan bunga tulip seakan-akan mengesahkan hubungan yang sedang terjalin meskipun menganggap penyanyi itu sebagai rakan sekerja.
Malah Fattah juga sempat menitip doa agar Amira atau Nadia Amira Othman, 32, segera sembuh daripada masalah kesihatan yang dihadapinya.
Hantaran Fattah dihujani komen peminat.
"Semoga cepat sembuh teman sekerja," tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.
Menerusi hantaran tersebut dapat dilihat Amira yang sedang berehat di katil hospital memegang jambangan bunga sambil tersenyum manis.
Lebih mencuri perhatian ramai apabila hantaran tersebut dimuat naik oleh Fattah sendiri di Instagram.
ARTIKEL BERKAITAN: Tarikh nikah 25 Mei tak wujud, Fattah Amin jawab gosip kahwin Amira Othman
ARTIKEL BERKAITAN: Gosip dah bertunang, Amira Othman anggap peminat terlalu teruja nak tengok kahwin Fattah Amin
Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen yang rata-rata mempersoalkan kemesraan yang ditunjukkan Fattah.
Malah mereka juga mendoakan agar pasangan ini segera disatukan.
"Jika tak penting takkan berada di wall sosmed seorang lelaki yang setia. Okay sah!
"Sweet sangat ni rakan sekerja, kita buat-buat tak faham jelah," antara komen netizen.
Netizen sudah lama ternanti-nanti status hubungan Fattah dan Amira.
mStar cuba menghubungi Amira bagi mengetahui keadaan kesihatannya sehingga menerima rawatan di hospital, namun mesej WhatsApp yang dihantar tiada balasan.
Sebelum ini, timbul dakwaan mengenai Fattah dan Amira bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Lebih menguatkan spekulasi itu apabila mereka berdua dilihat kerap berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube