ROCKOLOGY Concert Tour 2025 - North Chapter yang dijadualkan berlangsung di Midtown PERDA, Pulau Pinang pada Sabtu ini terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh penganjur Rumah Produksi Merah Event (RPM Event) dalam satu kenyataan yang dikongsikan di media sosial rasmi mereka.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat.
Kid (kiri), Awie dan Din artis yang akan menghiburkan pengunjung.
"Tarikh baharu akan diumumkan kelak," katanya.
Walau bagaimanapun, RPM Event memberitahu konsert Rockology Concert Tour 2025 yang diadakan di Educity Sports Complex, Johor pada 5 Julai ini berjalan seperti yang dijadulkan.
Malah barisan artis seperti Datuk Awie serta pemain gitar adik-beradik terkenal dari kumpulan Search, Din dan Kid sedang melakukan persiapan dan latihan sebagai persediaan konsert itu nanti.
ARTIKEL BERKAITAN: Sejam dah ‘sold out’, peminat hampa lagi tak dapat tiket konsert... Inteam bakal buat kejutan
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aina Abdul tak anggap penyelamat konsert, dedah masalah ditanggung Melly Goeslaw
"Segala persiapan sedang berjalan seperti biasa dan kami tidak sabar untuk menggegarkan selatan tanah air bersama barisan lagenda rock tanah air," kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube