DUA tahun menghidap kanser payudara tidak menghalang pelakon Nor Azifah untuk terus kekal aktif dalam bidang lakonan.
Kata Azifah atau Nor Azifah Abidin, 61, dia tidak boleh hanya duduk diam di rumah kerana akan membuatkan dia tidak bersemangat untuk melawan penyakit tersebut.
“Alhamdulillah sehingga kini saya masih menerima tawaran berlakon, malah sewaktu menjalani rawatan kemoterapi pun saya tetap berlakon juga.
Azifah disahkan menghidap kanser payudara pada Julai 2023.
“Saya rasa kalau hanya duduk di rumah membuatkan saya lebih down (tidak bersemangat) dan rasa seperti terlalu sakit.
“Buat masa ini, kalau ikutkan saya tak pernah melayan rasa sakit. Saya cuba lawan penyakit ini. Saya masih lagi aktif berlakon dan menyertai aktiviti-aktiviti badan kebajikan,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Azifah memberitahu dia kini masih meneruskan rawatan dengan mengambil suntikan herceptin pada setiap tiga minggu di Hospital Kuala Lumpur.
ARTIKEL BERKAITAN: Rawatan kanser cecah RM35,000, nasib pelakon veteran dapat perhatian PMX
ARTIKEL BERKAITAN: Sering dilihat ke hospital, Dafi jawab dakwaan hidap kanser... Syukur badan semakin berisi
Kongsi Azifah, dia juga perlu menanggung pembiayaan sebanyak RM1,500 bagi setiap suntikan diterima.
“Kalau ikutkan rawatan herceptin ini memang agak mahal, sekali suntikan mencecah RM1,500. Saya gunakan wang simpanan setiap kali perlu menjalani rawatan itu.
“Walaupun rawatan dilakukan di hospital kerajaan tetapi bukan semuanya dibiayai secara penuh. Jadi saya perlu melunaskan sendiri bayaran tersebut.
Buat masa ini kalau ikutkan saya tak pernah layan rasa sakit, saya cuba lawan penyakit ini.
NOR AZIFAH ABIDIN
PELAKON
“Rawatan ini dilakukan setiap tiga minggu sekali. Sebenarnya agak membebankan saya juga tetapi saya akan buat apa yang termampu. Saya juga ada menerima bantuan seperti Baitulmal,” ujarnya.
Pelakon drama Syurga Noah ini bagaimanapun memberitahu dia bakal menjalani sekali lagi pemeriksaan mammogram bagi melihat perkembangan tentang sel kanser yang dihidapi.
Tambahnya, dia bersyukur kerana menerima sokongan daripada keluarga dan teman rapat yang tidak henti-henti memberikan semangat untuknya berjuang melawan penyakit tersebut.
Azifah sebelum ini menerima kunjungan daripada setiausaha politik Perdana Menteri (tengah).
“Ogos nanti saya akan lakukan prosedur mammogram semula untuk mengetahui tahap kesihatan sebenar. Insya-Allah mudah-mudahan keputusannya baik-baik sahaja.
“Alhamdulillah selain keluarga, kawan-kawan pun banyak memberikan sokongan. Bila lihat saya bersemangat, mereka pun tidak melayan saya seperti orang sedang sakit,” katanya.
Pada Julai 2023, Azifah disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga dan memberitahu dia memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube