PENYANYI Kayda Aziz selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya yang bernama Syafiq.
Berita gembira itu dikongsi oleh ibu Kayda iaitu penyanyi Datuk Sheila Majid yang bersyukur majlis tunang anak perempuannya itu berjalan dengan lancar.
Malah Sheila atau Shaheila Abdul Majid, 60, mendoakan agar urusan kebahagiaan Kayda berjalan lancar.
Kayda bersama keluarga dan bakal keluarga mentua.
“Dia dah bertunang! Semoga Allah permudahkan segala urusan,” katanya.
Sheila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.
Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Sinaran ini juga turut memuat naik beberapa foto sekitar majlis pertunangan yang berlangsung sebagai tanda kenang-kenangan.
Majlis tunang Kayda atau Wan Nur Khaleda Roslan, 34, itu dikatakan berlangsung di sebuah restoran di Ara Damansara.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Karakter 'Ibu-Anak' Ketika Kayda Bekerja Dengan Sheila Majid
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Mengamuk Nyanyian Sheila Majid Dikritik 'Sumbang'
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah atas majlis pertunangan anak sulung Sheila itu.
Malah rakan-rakan artis seperti Anuar Zain, Ning Baizura, Che Puan Sarimah Ibrahim, Noryn Aziz dan Ella turut memberikan ucapan sama dan mendoakan urusan seterusnya dipermudahkan.
Untuk rekod, Kayda merupakan anak sulung Sheila hasil perkahwinan pertamanya bersama komposer Roslan Aziz.
Majlis tunang Kayda berjalan dengan lancar.
Sheila dan Roslan mendirikan rumah tangga pada 1989 sebelum bercerai pada tahun 2000.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kayda dan Megat Abdul Majid.
Kemudian Sheila kembali bergelar isteri selepas berkahwin dengan komposer Datuk Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali sebagai Acis pada 2003.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen dan Khalifa Laila.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube