suria

Fatima nak pergi Disneyland, Fattah Amin pula tanya kenapa tak jawab panggilan video

Fattah (kiri) mendakwa panggilan video yang dibuat tidak dijawab.

PERKONGSIAN hantaran di Instastory milik pelakon Fattah Amin mencuri perhatian ramai apabila aktor berkenaan memberitahu anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya tidak menjawab panggilan video yang dibuat. 

Kenyataan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, bagi memberi respon terhadap Fatima yang sebelum ini berkongsi video mengajaknya untuk pergi bercuti di Disneyland, Tokyo, Jepun. 

"Hi baby, Fatima ke yang post (kongsi) ni? Kenapa daddy (panggilan Fattah) video call tak angkat?" katanya. 

Perkongsian

Perkongsian yang dibuat Fatima (kiri) dan Fattah di media sosial mendapat perhatian ramai.

Dalam perkongsian itu juga, Fattah dilihat menggunakan emoji sedih apabila tidak dapat berhubung dengan anaknya itu. 

Pada Rabu, Fatima memuat naik sebuah video merayu untuk dibawa bercuti ke taman tema Disneyland, Tokyo bersama ahli keluarganya yang lain. 

Menerusi hantaran tersebut, Fatima seakan membuat permintaan secara terbuka kepada bapanya dengan menulis 'dear daddy' pada ruang kapsyen berserta tanda hati berwarna biru. 

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin tak dihalang jumpa anak, perkongsian di IG hanya salah faham

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Fattah Amin buat ramai sebak, percaya anak akan faham keadaan sebenar suatu hari nanti

"Hi daddy, bila nak bawa ke Disneyland. Saya nak pergi dengan nenda dan datuk. Saya nak... please. I love you daddy," ucap anak kecil itu. 

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang terharu melihat permintaan anak kepada pelakon filem KL Special Force ini. 

Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain