suria

Emma Akma pernah lupa diri ketika berada di puncak populariti, mengaku solat 5 waktu pun tak penuh

Emma pernah lupa diri sehingga lupa laksanakan perkara wajib sebagai umat Islam.

PELAKON Emma Akma pernah lupa diri sehingga mengambil remeh perkara wajib sebagai umat Islam sewaktu karier seninya berada di puncak populariti. 

Bagaimanapun selepas diberikan peluang kedua sembuh daripada kanser perut, Emma atau Noorakma Yunus, 56, berkata, dia mula berubah ke arah lebih positif.

“Saya mengaku dulu bila nama sedang naik memang lupa diri sampai perkara wajib seperti solat lima waktu saya tak jaga. 

Emma pernah lupa diri sewaktu popular dahulu.

“Namun apabila diuji dengan penyakit kanser, baiknya Allah pada hamba-Nya saya masih diberi peluang kedua untuk hidup.

“Jadi daripada situ saya perlahan-lahan mengubah diri saya ke arah lebih positif seperti mula berhijab, berzikir dan ikuti kelas ilmu,” katanya kepada mStar.

Tambah Emma dalam seminggu dia wajib pergi menimba ilmu dengan mengikuti kelas agama. 

Tambah aktres itu, dia sendiri akan mencari majlis ilmu untuk disertai jika berkelapangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas buang rahim Emma Akma carikan jodoh buat suami, tak kisah hidup bermadu

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Suami Mahu Rujuk, Emma Akma Serik

“Mana-mana kelas agama yang ada saya memang akan pergi.

“Boleh dikatakan setiap minggu pasti akan ada satu kelas yang saya pergi untuk menuntut ilmu.

“Ada yang saya sertai kelas bersama rakan artis, ada juga yang saya sendiri cari dan pergi seorang diri,” ujarnya.

Emma ketika disahkan menghidap kanser.

Sebelum ini, media melaporkan Emma disahkan menghidap kanser perut serta ketumbuhan cyst sebesar saiz bola sepak yang boleh mencabut nyawanya jika tidak dibedah segera. 

Sejak berita mengenai kesakitan yang dialami mendapat perhatian, Emma berjaya menjalani pembedahan hasil sumbangan daripada orang ramai yang menghulurkan bantuan.

Aktres itu menjalani pembedahan di Institut Kanser Negara (IKN) pada Ogos 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain