suria

Nama dipetik jadi ‘penyondol’, Rossa Sera pilih jaga hati suami baru... "Tak mahu masuk campur masalah Shuk dan Fara"

Sera enggan ulas isu konflik rumah tangga bekas suaminya.

BIARPUN dituduh sebagai 'penyondol' apabila didakwa berkahwin dengan suami rakan sendiri, namun isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera enggan mengambil pusing mengenai sebarang tuduhan yang dibangkitkan isteri bekas suaminya iaitu Fara Salleh.

Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah, berkata, dia menolak untuk masuk campur urusan rumah tangga Shuk kerana perlu menjaga hati suami baharunya.  

"Saya tak ambil tahu dan terlibat apa-apa. Saya dah ada suami dan anak. Apa mereka buat tiada kaitan dengan saya.

Sera enggan balas apa-apa kenyataan daripada Fara.

"Saya sayang suami dan anak-anak yang sekarang. Harap semua faham.  Saya perlu jaga hati suami," katanya kepada mStar.

Tambah Sera, dia juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sehingga boleh menimbulkan salah faham.

Malah Sera berharap orang ramai tidak menghantar mesej negatif di Instagram peribadinya.

"Saya tak mahu keruhkan lagi keadaan dan timbulkan salah faham.

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh bengang netizen cakap konflik rumah tangga sebagai kifarah, dakwa bekas isteri Shuk Sahar berkahwin dengan suami rakan sendiri

ARTIKEL EBRKAITAN: Kawan dedah isteri larang Shuk jumpa anak, siap kongsi ‘screenshot’ kata-kata kesat

"Jadi tolong jangan cakap yang bukan-bukan di sini (DM IG)," katanya.

Perbalahan antara Shuk dan Fara bermula apabila isterinya berkongsi khabar gembira selepas bersalin anak pertama pada 26 Jun lalu.

Dalam beberapa hantaran di media sosial Fara mendakwa Shuk gagal menjalankan tanggungjawab selain tidak ada bersama di hospital sewaktu anak mereka dilahirkan.

Shuk kemudian mempertahankan diri dan meluahkan rasa bengang apabila Fara turut mengaitkan ibu bapanya dalam masalah rumah tangga mereka.

Isu rumah tangga Shuk dan Fara menjadi bualan hangat netizen.

Tidak hanya itu, Fara juga memetik nama Sera apabila mendakwa mereka berdua berada dalam situasi sama kerana keduanya  mengambil hak orang lain.

Fara berkata, Sera berkahwin dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang mempunyai tiga anak.

Untuk rekod, Sera pernah berkahwin dengan Shuk namun mereka disahkan bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Kemudian Shuk kembali mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023 di Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain