suria

Neera Azizi kini bergelar isteri mutawif

Neera teruja mula fasa hidup baharu.

PELAKON dan penyampai radio Neera Azizi selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Muhammad Hafizi Mohd Noor, 26, dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada pagi Jumaat. 

Meluahkan rasa syukur, Neera atau atau Nurazneera Azizi, 27, mengakui berdebar sebelum disatukan dalam ikatan sah sekitar pukul 9.30 pagi. 

"Sejak awal pagi memang rasa gementar. Lebih-lebih lagi apabila sarung baju pengantin dan duduk di atas pelamin. 

Neera dan Hafizi bertunang selepas setahun kenal. 

"Namun syukur semuanya berjalan lancar. Sekarang adalah fasa baru dalam hidup saya," katanya ketika dihubungi mStar. 

Majlis tersebut berlangsung di sebuah dewan di Subang Jaya, Selangor dan hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta teman rapat. 

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Neera iaitu Azizi Mohamad dengan sekali lafaz.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 hari menjelang pernikahan, Neera Azizi tak senang duduk 

ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi tolak diminta tanggal tudung, rezeki dapat tawaran lebih besar

Hafizi menyerahkan seutas gelas emas sebagai mas kahwin beserta wang hantaran RM20,000 selain sebentuk cincin. 

Pihak pengantin lelaki turut memberikan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada Neera. 

Untuk rekod Neera dan Hafizi bertunang pada Oktober tahun lalu selepas setahun berkenalan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain