SELEPAS Amir Raja Lawak membuat pendedahan tentang isu bayaran tertunggak dari sebuah stesen televisyen, rakan pelawak Mamak Puteh turut berkongsi masalah sama.
Buntu mencari jalan penyelesaian menuntut baki bayaran, Mamak atau atau Mohamad Ikhtiarduin Naina Mohamad, 41, tiadak teragak-agak tampil membuat laporan polis terhadap pihak berkenaan.
Katanya tindakan ini dirasakan jalan terbaik bagi mendapatkan haknya kerana sudah sekian lama menunggu.
"Saya rasa dah penat meminta. Sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa ambil tindakan.
Mamak buntu mencari jalan penyesalan untuk menuntut baki pembayaran.
"Saya pun pun sudah buntu tak tahu minta tolong pada siapa. Setiap bulan meminta, penat juga," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Mamak sebelum itu turut berkongsi gambar berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Ketika dihubungi dia masih menunggu di luar pejabat sebelum membuat laporan.
ARTIKEL BERKAITAN: Karier pelawak macam roda berputar, Mamak Puteh beralih ke TikTok
ARTIKEL BERKAITAN: Mamak Puteh ‘naik hantu’ difitnah amal ilmu hitam, desak dedah pelawak sebenar
Tambah pelawak ini laporan yang akan dibuat itu bertujuan untuk meminta pihak berkenaan segera bertindak menjelaskan baki bayaran berjumlah RM18,000.
"Baki bayaran ini adalahh untuk kerja yang telah saya buat pada tahun 2022. Sepatutnya selesai program televisyen akan terus dapat bayaran.
"Jadi laporan polis ini dibuat memang untuk menuntut pihak itu buat bayaran segera," ujarnya.
Mamak (tengah) masih tidak menerima bayaran daripada sebuah stesen televisyen.
Tambah Mamak dia juga sudah berulang kali menghubungi pihak terbabit namun masih tidak mendapat jalan penyelesaian untuk bayaran penuh.
"Setiap masa kami berkomunikasi. Minggu lepas pun saya ada hubungi mereka. Jawapan masih sama dan bayaran pun tertangguh.
"Bagi saya membuat laporan ini adalah jalan terbaik," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube