PELAKON Firdaus Ghufran berkongsi pernah dibuli oleh seorang pelakon ketika menjalani penggambaran di Sarawak pada tahun lalu.
Firdaus atau Muhammad Firdaus Ghani Ghufran, 23, berkata, aktor berkenaan memilih untuk melakukan kekerasan berbanding menyelesaikan kemelut tersebut dengan baik.
"Kejadian berlaku di Sarawak sewaktu menjalani penggambaran. Saya dibuli oleh lapan orang dan salah seorangnya merupakan pelakon.
Firdaus mahu memberi kesedaran tentang budaya buli.
"Saya tidak mahu cakap siapa kerana nanti saya akan dedahkan namanya. Sepatutnya boleh saja dibawa bincang dengan elok, tetapi dia (pelakon) tidak mahu dan menggunakan kekerasan.
"Sebenarnya saya dan pelakon ini sudah berkawan lama sejak kecil lagi, dahulunya dia merupakan pelakon kanak-kanak dan begitu juga dengan saya," katanya kepada mStar.
Firdaus bagaimanapun memberitahu persengketaan antara mereka masih belum selesai kerana pelakon berkenaan didakwa enggan meminta maaf kerana ego.
ARTIKEL BERKAITAN: Maruah dipijak pelakon lelaki, Harris Alif nekad ‘balas dendam’ di gelanggang tinju
ARTIKEL BERKAITAN: Panggil Saidah Kamarudin perempuan murah, abang minta berhenti ganggu Muntazar Ghufran
"Kemelut antara kami belum selesai lagi. Saya sudah suruh dia (pelakon lelaki) minta maaf tetapi dia masih ego. Tak mengapa, kalau dia mahu tunjuk ego, saya pun ada ego juga.
"Mungkin percakapan saya terlebih atau tidak ada batas, tetapi Alhamdulillah apa yang saya cakap semuanya saya masih ingat.
"Saya tak sangka dia boleh lakukan sebegitu dengan saya, padahal dia boleh bercakap baik-baik dengan saya," katanya.
Saya sudah suruh dia (pelakon lelaki) minta maaf tetapi dia masih ego.
FIRDAUS GHUFRAN
PELAKON
Dalam pada itu, Firdaus nekad menyertai kejohanan tinju Asia Championship 2025 untuk memberi semangat buat mangsa buli.
Firdaus berkata, dia ingin menggunakan platform yang betul dan tidak mahu budaya buli menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat.
"Budaya buli ini seperti sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat, lebih-lebih lagi kelakuan itu dilakukan tanpa sebab dan bukti yang mangsa terbabit bersalah.
Firdaus (paling kiri) bakal berentap di Asia Championship 2025.
"Jika individu itu tidak melawan, dia dikira mangsa dan sayalah mangsa tersebut. Jadi dalam kesempatan dan ruang ini saya menggunakan dengan cara betul untuk memberi kesedaran kepada mangsa-mangsa buli ambil pengajaran menjadi lebih yakin," katanya.
Firdaus bakal berentap dalam kejohanan tinju Asia Championship 2025 yang akan berlangsung pada 18 Oktober depan.
Asia Championship 2025 dijangka menjadi medan baharu bagi mengangkat sukan tempur ke tahap lebih tinggi, dengan tumpuan bukan sahaja kepada prestasi, tetapi juga pengaruh digital, pengisian kandungan dan keterlibatan komuniti.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube