TIDAK pernah terfikir menghasilkan album baharu, penyanyi Raisa menyifatkan 'ambiVert' adalah hadiah istimewa sebagai tanda perjalanannya dalam bidang seni.
Raisa atau Raisa Andariana, 35, berkata album studio kelima ini digarap tanpa kecenderungan dan jangkaan berlebihan tetapi satu semangat menjadi cerminan kematangan muzik dalam kerjaya nyanyiannya.
“Ketika mula-mula masuk studio, saya tidak memikirkan apa-apa. Tidak terfikir ingin menghasilkan album seperti ini atau seperti itu. Tidak sama sekali. Tidak ada apa-apa yang perlu saya buktikan.
Raisa berkolaborasi bersama dua rakan duet dalam album baharu.
"Saya sudah ada empat album yang mewakili fasa kehidupan saya. Sekarang, saya dalam fasa tidak mahu dibebani apa-apa dan hanya ingin jujur dalam menulis lagu,” katanya.
Dalam pada itu, Raisa memberitahu ambivert dipilih sebagai judul album kerana mengisahkan mengenai karakter manusia yang tidak terlepas daripada kehidupan penuh warna dan perasaan rapuh tatkala bersendirian.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami didakwa tak bayar gaji pekerja... Raisa pula kena serang netizen
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Tolong jangan marahnya lagi” - Raisa minta henti serang Nabil Ahmad, guna bahasa Inggeris sebab takut tersalah maksud
“Kebanyakan orang memiliki ciri-ciri ambivert. Tidak mungkin ada yang 100 peratus extrovert dan tidak ada sisi introvert sama sekali. Begitu juga sebaliknya. Itu yang digambarkan album ini.
"Ketika bersantai dengan rakan-rakan ada lagu ‘It's Okay To Not Be Okay’ atau ‘Ternyata Tanpamu.’ Tetapi, ketika bersendirian, refleksi diri atau memasuki zon introvert, terdapat lagu-lagu seperti 'I'll Be Waiting'. Semua sisi ambivert dapat ditemukan dalam album ini,” ujarnya.
Paling istimewa, album ini menampilkan kolaborasi Raisa bersama penyanyi Barsena Bestandhi serta Rony Parulian menerusi trek lagu Awal Kisah Selamanya dan Tetap Bukan Kamu.
ambiVert kini sudah boleh didengar di semua platform digital.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube