suria

[V] Badan menggeletar dan bertompok merah bukan gimik jualan, Aliff Syukri syak kena ‘jilat jin’

USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan keadaan kesihatannya yang kurang baik ketika sedang melakukan sesi siaran langsung jualan di media sosial pada malam Selasa.

Menurut Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, dia mengalami simptom luar biasa seperti badan menggeletar, tompok-tompok merah pada kulit serta gangguan tidur sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

“Jujurnya ada orang kata saya kena ‘jilat jin’, tapi saya sendiri pun tak pasti. Waktu buat live tu pun saya memang menggeletar.

Aliff kongsi pengalaman diserang penyakit misteri.

“Badan saya penuh bertompok merah dan susah sangat nak tidur. Ini pertama kali saya alami perkara begini sepanjang hidup. 

“Malam tadi dan pagi tadi saya terus ke hospital untuk dapatkan rawatan sebab keadaan ini memang tak selesa,” katanya kepada mStar.

Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa kempen jualan beg terpantas melalui penstriman langsung yang diadakan di sekitar Masjid India, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri sudah set standard dalam keluarga, anak gadis tak fikir kahwin awal... Hidup selesa sebab bapa sedia segalanya

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Aliff Syukri pandai ‘speaking’ siap ada slang, ada pula meluat minta utama bahasa Melayu

Menafikan dakwaan segelintir pihak yang menganggap dirinya sekadar mencipta gimik, Aliff menegaskan bahawa kesakitan yang dialaminya adalah benar dan bukan untuk meraih perhatian.

“Orang sangka gimik sakit, tapi saya tak tipu. Saya pun tak minta jadi macam ni.

“Saya harap tidaklah sampai ada yang nak kenakan saya. Tapi dalam dunia perniagaan, perkara macam tu memang tak mustahil berlaku.

Saya janji akan sumbangkan sebahagian hasil kepada anak-anak yatim.

DATUK ALIFF SYUKRI

PENYANYI/USAHAWAN

“Apapun saya kena terus kuat untuk capai impian saya dalam kempen yang syarikat sedang jalankan,” ujarnya.

Menurut Aliff, kempen tersebut adalah sebahagian daripada usahanya untuk mencipta nama dalam Malaysia Book Of Records menerusi kategori jualan produk terpantas di media sosial.

Malah Aliff memasang hasrat untuk berkongsi rezeki dengan golongan anak-anak yatim sekiranya impian itu berjaya direalisasikan pada 3 Ogos ini.

Aliff berkempen sempena jualan terpantas di media sosial.

“Hari ini saya berkempen untuk buat jualan terpantas di media sosial secara underground. Saya beri mangga dan tudung percuma kepada pelanggan yang datang.

“Sekiranya impian saya itu tercapai pada Ahad ini, saya berjanji akan menyumbang sebahagian hasil jualan kepada anak-anak yatim sebagai tanda kesyukuran,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain