PAKAIAN sukan patuh syariah yang dihasilkan oleh isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, iaitu Tya Adnan, menimbulkan pelbagai reaksi.
Mengulas mengenai perkara itu, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 33, menegaskan bahawa rekaan pakaian tersebut bukan untuk menarik perhatian orang.
Sebaliknya ia juga sebagai satu usaha membantu golongan wanita untuk terus aktif bersukan dan menutup aurat.
Tya anggap satu perjuangan bukan ikut trend.
“Kami hasilkan pakaian yang longgar, besar, dan menutup aurat bukan untuk sedap mata orang memandang, tetapi supaya Allah memandang kita dengan rahmat-Nya.
“Kalau tak biasa tengok (pakaian menutup aurat), biasakanlah. Ini bukan sekadar trend sementara, ini adalah perjuangan,” katanya.
Tya berkongsi perkara itu menerusi ciapan Thread miliknya
ARTIKEL BERKAITAN: Tya Adnan tampil imej berniqab, Shukri Yahaya sokong isteri menjaga aurat
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kagum dengan penghijrahan Tya Adnan, Shukri Yahaya hebat berjaya didik isteri
Tambah Tya lagi, jika ada individu yang kurang selesa dengan penampilan menutup aurat, mungkin mempunyai masalah pada hati.
Dalam pada itu, Tya memberitahu kemuculannya bukan untuk mengejar populariti sebaliknya ingin membimbing muslimah akan datang agar lebih bijak dalam berpenampilan menutup aurat.
“Aurat bukan ikut trend, aurat ikut Tuhan. Kalau pakaian yang menutup tubuh dianggap berlebihan, mungkin hati kita yang kekurangan hidayah,” ujarnya.
Pakaian sukan Tya raih perhatian.
"Mereka kata, ‘kalau dah berniqab, duduk rumah diam-diam. Tidak perlu post di media sosial’. Tapi kalau semua wanita berniqab diam, siapa yang nak normalisasikan pakaian yang Allah redha?
"Kami bukan muncul untuk populariti. Kami muncul untuk menormalisasikan syariat. Bukan untuk populariti. Tapi untuk generasi," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube