GARA-GARA pernah membuat pembedahan di bahagian pipi ke leher, pelakon Zara Zya disangka memakai susuk oleh doktor gigi yang merawatnya.
Mengimbau kembali kejadian ketika itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata doktor mengesan beberapa pin seakan jarum di bawah dagu selepas melakukan imbasan X-ray pada giginya.
"Beria doktor suruh staff semua keluar bilik dan dia mulalah susun ayat untuk bertanya pada saya sambil berbisik 'dulu ada pakai susuk ke?'.
Zara kongsi pengalaman yang menghiburkan hatinya.
"Pening saya fikir, bila masa pula saya buat benda itu," katanya.
Zara berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Thread miliknya yang turut memaparkan beberapa imbasan X-ray yang pernah dia lakukan.
Terkejut dengan tuduhan tersebut, Zara menjelaskan yang terlihat di dalam imbasan tersebut adalah sebahagian prosedur pembedahan seperti pernah dilakukan sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya buat laporan polis, dedah lelaki menyamar jadi dirinya perdaya orang ramai
ARTIKEL BERKAITAN: Scammer suka guna wajah Zara Zya, pening hadap masalah sama
Kata Zara, selepas menjelaskan situasi sebenar doktor tersebut bagaimanapun tidak percaya dengan dirinya malah berkongsi beberapa pengalaman bertemu pesakit yang mengaku pernah memakai susuk demi kecantikan.
"Doktor tak baik eh fikir saya pakai susuk. Itu pin sebab saya buat pembedahan dari pipi ke leher.
"Selepas saya jelaskan dan cerita, muka doktor masih macam antara nak percaya dengan tidak.
Beberapa pin terlihat di imbasan X-ray.
"Dia sibuk pula cerita kisah orang lain datang klinik dia. Bila X-ray ada nampak seakan macam itu juga tapi lebih banyak dan mereka mengaku pakai sesuatu," ujarnya.
Dalam pada itu, Zara memberitahu kejadian tersebut berlaku sekitar beberapa tahun lalu namun ia memberi pengalaman yang melucukan pada dirinya.
"Paling kelakar dari elok pasang lagu Sheila On 7 terus pasang zikir. Dia ingat aku hantu ke doktor?," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube