ANAK usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mendedahkan dirinya menjadi mangsa tindakan keterlaluan orang ramai ketika menyertai sesi promosi produk di sekitar Masjid India, Kualan Lumpur pada Rabu.
Menurut Ammar, 17, insiden tidak menyenangkan itu berlaku ketika dia membantu ibu bapanya menjayakan kempen Malaysian Book Of Record jualan beg terpantas bagi jualan siaran langsung.
“Saya tak suka orang yang bersikap tak bertamadun sebab saya baru sahaja kena raba.
Ammar rajin membantu bapanya berniaga.
“Untuk pengetahuan, saya kena raba di pinggang, ketiak dan saya memang tak suka perkara itu,” katanya kepada mStar.
Tambah Ammar, dia tidak mempunyai masalah untuk bergambar atau beramah mesra dengan pengikut yang hadir, namun kecewa apabila ada pihak yang mengambil kesempatan.
“Saya tiada masalan kalau orang ajak bergambar atau nak bersembang, tapi bila dah melampaui batas, saya terus hilang minat,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Vida puji Ammar Ahyan matang dan jaga solat, sedar netizen cuba ‘kenenkan’ dengan Cik B
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Aliff Syukri mengaku terpaksa ‘live’ jual produk, Ammar Ahyan takut kena marah
Berkongsi lanjut, Ammar berkata dia telah memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya, Datin Seri Nur Shahida yang menasihatinya agar kekal tenang dan tidak terlalu memikirkan insiden berkenaan.
Malah, Ammar turut memilih untuk memaafkan individu terbabit kerana menganggap kejadian itu mungkin berlaku tanpa sengaja.
“Saya dah bagitahu mak saya dan dia kata dalam hidup memang ada orang macam itu.
“Tapi mungkin juga orang itu salah faham atau tak sengaja. Jadi saya maafkan sahaja,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube