TANPA berselindung, pempengaruh media sosial Indonesia Lina Mukherjee mendedahkan bahawa dia kini sedang hamil enam minggu hasil hubungan dengan teman lelakinya, Luca Spiteri.
Menurut Lina, dia berasa gembira apabila doktor mengesahkan kehamilan tersebut kerana ini merupakan anak pertamanya.
“Saya tidak suka buat gimik. Saya benar-benar hamil, kini sudah masuk minggu keenam,” katanya.
Lina kerap berkongsi momen bersama teman lelakinya.
Dia berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam sebuah podcast di saluran YouTube Melaney Ricardo.
Menafikan dakwaan dirinya wanita liar, Lina menegaskan bahawa dia tahu siapa bapa kepada anak yang dikandungnya.
“Saya bukan wanita nakal dan saya tidak bertukar pasangan sesuka hati. Malah, saya pernah menjalinkan hubungan selama lima tahun,” jelasnya.
Meskipun kehamilannya berlaku di luar perkahwinan, Lina berkata dia tidak berasa malu.
ARTIKEL BERKAITAN: Baca Bismillah sebelum makan babi... Influencer terkejut dipenjara 2 tahun, denda lebih RM76,000
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat bini muda, pelakon veteran terasa hidup di ‘syurga’
Sebaliknya, dia bersyukur dan teruja kerana bakal menimang cahaya mata berdarah campuran.
“Saya tak malu. Saya sudah berumur 35 tahun. Tiada salahnya untuk memperbaiki salasilah keluarga, lebih-lebih lagi kerana dia orang asing.
"Saya juga tidak menyangka boleh hamil kerana sebelum ini pernah disyaki mandul,” katanya lagi.
Lina turut berkongsi bahawa dia dan Luca kini dalam perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Perbuatan mengandung luar nikah atas dasar rela hati adalah dilarang oleh agama Islam dan ia merupakan satu dosa besar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube