PENYANYI Datuk Sheila Majid memilih untuk tidak mencampuri urusan tuntutan royalti yang dikemukakan oleh Datuk Nora Ariffin melibatkan karya ciptaan arwah suaminya.
Sheila, 60, berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana ia sudahpun diselesaikan dengan baik.
“Sebenarnya tiada apa yang saya nak komen kerana ia sudah berlalu dan selesai.
Sheila malas balas isu yang tidak melibatkan dirinya.
“Tak perlu kita panjangkan atau jadikan ia isu sensasi,” katanya kepada mStar.
Sheila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu berjudul Moving On yang berlangsung di Damansara pada Rabu.
Tambahnya lagi, semasa isu tersebut hangat diperkatakan, dia menyedari perkara itu tidak ada kaitan langsung dengannya.
Justeru baginya tiada keperluan untuk dia bersuara tentang hal berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Majid tak pernah hasut anak-anak menentang bekas suami, terap adab dan rasa hormat pada Roslan Aziz
ARTIKEL BERKAITAN: Hormat Sheila Majid sebagai artis senior, Nora Ariffin tuntut royalti lagu Sinaran bukan kerana mahu jadi ‘joykiller’
“Malah, ketika soalan itu diajukan pun, ia bukan ditujukan kepada saya tetapi kepada penerbitan.
“Tiada kena-mengena dengan saya pun, jadi tak perlulah saya pula yang tiba-tiba nak rasa triggered .
“Saya diberitahu salah faham antara mereka juga sudah selesai,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, penyanyi Nora Ariffin mendedahkan terdapat lebih enam syarikat penerbitan yang masih gagal menjelaskan bayaran royalti terhadap lagu ciptaan Allahyarham Johan Nawawi berjudul Sinaran.
Nora sebelum ini tuntutan royalti lagu ciptaan Johan.
Syarikat berkenaan adalah Warner Chappell Music, Music Works, NSR Publishing, EMI Publishing, Sony Music Publishing dan Good Sound Publishing.
Dia juga memaklumkan isu tuntutan royalti lagu ciptaan Johan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Sheila Majid serta persiapan konsert penyanyi itu.
Lagu Sinaran merupakan ciptaan bersama Johan dan Azlan Abu Hassan yang dinyanyikan oleh Sheila.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube