suria

Chacha Maembong belum sedia dedah identiti teman lelaki... "Bila terlalu terbuka, ada yang tak suka" 

Chacha belum sedia berkongsi wajah jejaka yang sedang dikenalinya.

PELAKON Chacha Maembong belum bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka yang sedang dikenalinya sejak lebih tiga tahun lalu.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 29, berkata kali ini dia mahu menjaga privasi pasangannya kerana bimbang jika terlalu terbuka hubungan itu akan berakhir seperti pengalaman terdahulu.

"Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang, tetapi buat masa ini saya tak mahu dedahkan identitinya. 

"Kami sudah kenal lebih tiga tahun. Biarlah hubungan ini kekal privasi. Selagi belum ada kata putus, saya tak mahu kongsi kepada khalayak," katanya kepada mStar.

Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai foto makan malam romantik sempena ulang tahun kelahirannya ke-29 yang dimuat naik di Instagram semalam. 

Chacha lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi kepada umum. 

Menurut Chacha, dia kini lebih berhati-hati kerana menyedari keterbukaan dalam hubungan boleh mengundang pelbagai reaksi negatif daripada orang luar. 

"Bila terlalu terbuka, ada yang tak suka dan akhirnya hubungan itu tak menjadi. Sebab itu saya lebih berhati-hati sekarang.

"Soal kahwin dan jodoh bukan perkara main-main. Saya takut hal sama berulang lagi (berpisah)," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Simpan kisah cinta, Chacha Maembong enggan ulang kesilapan lama... Tak kisah digelar ‘andartu’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Emma Maembong abaikan gosip sebab tak suka perhatian, Chacha sedia pertahankan kakak

Dalam pada itu, Chacha turut berkongsi dia sudah bersedia untuk bergelar isteri dan memiliki zuriat, namun reda sekiranya belum tiba masanya.

"Pada usia sekarang, saya memang dah bersedia untuk ada keluarga dan anak. Tapi mungkin belum rezeki.

"Fokus saya sekarang adalah diri sendiri, keluarga dan kerja. Kalau ada jodoh, takkan ke mana," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain