suria

Misha Omar tergamam, Melly Goeslaw menangis pertama kali bertentang mata dengan idolanya

Misha tak sangka kehadiran Melly di acaranya.

PENYANYI Misha Omar, 44, menerima kejutan apabila komposer Melly Goeslaw hadir ke majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Break di Kuala Lumpur pada Khamis. 

Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 43, berkata, dia terkejut dan tidak menyangka ratu runut bunyi Indonesia itu akan muncul pada majlis berkenaan dan menganggap sebagai satu penghargaan buat dirinya. 

“Sebenarnya saya sangat terharu apabila suara saya didengari oleh orang yang bukan calang-calang dari negara sebarang. Ia merupakan satu apresiasi.

Misha terkejut dengan kehadiran Melly.

“Pada mulanya saya nampak satu susuk tubuh seperti Melly tetapi saya perlu menumpukan kepada nyanyian kerana guru saya Datuk Syafinaz berada di hadapan.

“Kemudian Alhamdulillah dia pun  ikut nyanyi bersama-sama dan saya sangat gembira,”katanya kepada mStar. 

Misha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu Break yang diadakan di Courtyard bg Marriot KL South, Kuala Lumpur pada petang Khamis. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Berjaya melewati ‘hitam-putih’ 20 tahun sebagai penghibur” - Misha Omar umum tarikh konsert mega

ARTIKEL BERKAITAN: Nama kena petik, Misha Omar bukan penyanyi wanita Kelantan ditahan polis bersama pil kuda

Dalam pada itu, Misha turut meluahkan rasa terharu apabila mengetahui Melly selama ini menganggap dirinya sebagai idola dalam bidang muzik. 

Pada pertemuan itu juga, Melly kelihatan sebak apabila kali pertama bertentang mata dengan penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu. 

“Saya adalah peminat filem seram dan sangat meminati Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2. Ketika Misha menyanyikan lagu runut bunyi filem itu, ia sangat menyentuh hati. 

Dengar Misha menyanyikan lagu Pulangkan tadi, saya menangis.

MELLAY GOESLAW

PENYANYI

“Tidak ramai penyanyi yang boleh menghayati sesebuah lagu itu sekali gus menjadikan sesebuah babak itu hidup dan meninggalkan impak kepada penonton. 

“Malah, semasa saya mendengar Misha menyanyikan lagu Pulangkan tadi, saya menangis,” ujarnya. 

Sementara itu, mengulas mengenai lagu Break yang dicipta oleh Melly, dia berkata semuanya bermula selepas mereka saling berbalas mesej di media sosial. 

“Selepas konsert saya yang pertama di Kuala Lumpur, saya ada hantar mesej kepada Misha kerana sudi hadir. Kemudian Misha ada meminta lagu daripada saya dan kebetulan memang saya nak bagi lagu kepadanya. 

Single terbaharu Misha berjudul Break.

“Saya berikan dia dua buah lagu. Tetapi projek ini tidak dirakamkan serta merta. Jadi saya sangka tidak jadi. 

“Sehinggalah saya menerima mesej daripada penggubah lagu Break iaitu Tohpati yang bergambar bersama Misha di studio,” katanya. 

Melly bagaimanapun tidak menolak untuk bekerjasama lagi dengan Misha terutama menerusi duet pada masa akan datang. 

Untuk info, lagu Break yang juga lagu tema drama bersiri siaran Astro, berjudul Mandul Bukan Pilihan sudah pun dilancarkan di platform digital bulan lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain