suria

Syada Amzah didakwa perosak dan batu api rumah tangga pempengaruh, siap ajak masuk ‘club’

Syada dan Elcah dipercayai sudah lama berkawan baik.

SUAMI kepada pempengaruh Elcah berang apabila penyanyi Syada Amzah didakwa cuba memecahbelahkan rumah tangganya bersama isteri.

Afi Hamri atau Hafizzuddin Hamri mendakwa Syada manghasut serta memujuk isterinya agar membelakangkan dirinya dalam menyelesaikan masalah mereka.

Lebih mengejutkan, Afi turut mendakwa adik kepada penyanyi Shila Amzah itu pernah mengajak Elcah untuk ke kelab malam bagi merehatkan fikiran.

Afi beri amaran kepada Syada agar tidak menganggu rumah tangganya.

"Weh perempuan! Jangan jadi batu api dalam rumah tangga aku. Kau ingat kau superman ke?

"Kau tak dapat ajak bini aku pergi kelab kau nak buat cerita. Kau nak rosak, kau rosak seorang tak perlu buat cerita siap ajar  bini aku tipu aku!," katanya.

Afi berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Khamis.

Dalam hantaran tersebut, Afi turut memuat naik tangkap layar yang dipercayai perbualan Syada bersama isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak semua dapat berbakti kepada lubuk pahala, Syada Amzah mahu ‘pergi’ sebelum ibu - “Tak tahu apa berlaku tanpanya di sisi”

ARTIKEL BERKAITAN: Tenang Syada jawab tuduhan iri hati kejayaan kakak, bukan cemburu tapi bangga dengan Shila Amzah

Malah dalam tangkap layar tersebut, Syada meminta untuk bertemu Elcah dan berkongsi kisah kecurangan suaminya itu. 

Geram dengan tindakan tersebut, Afi juga menyifatkan Syada sebagai individu yang tidak mempunyai kerja sehingga mempunyai banyak masa terluang hingga menjadi perosak rumah tangganya.

"Tolong bagi dia job kesian aku tengok tak ada job jadi perosak," luahnya.

Untuk rekod, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha berkahwin dengan Afi pada Januari 2024 dan ini merupakan perkahwinan ketiganya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain