PENGACARA Hawa Rizwana meluahkan rasa kecewa apabila video dirinya ketika menyertai acara Redline Fitness Games pada 27 Julai lalu disunting sehingga kelihatan seolah-olah melakukan perkara tidak senonoh.
Lebih mengecewakan, Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 30, berkata video tersebut turut dirakam dan dimuat naik ke media sosial tanpa kebenarannya.
“Baru-baru ini saya ada sertai aktiviti sukan, saja cari pengalaman baru sebab selama ini saya hanya berlari saja. Tapi kali ini rakan-rakan ajak sertai aktiviti yang perlukan kekuatan.
Hawa gemar lakukan aktiviti bersukan.
"Tapi saya rasa tidak seronok apabila kehadiran saya di acara itu dirakam dan disunting hingga menjatukan maruah saya sebagai wanita.
"Saya tak tengok video itu pun tapi dapat info daripada kenalan. Saya tak kisah nak muat naik video saya tapi janganlah sampai tak menghormati orang lain," katanya kepada mStar.
Menurutnya, video tersebut menyebabkan orang ramai memberi tanggapan negatif sekali gus mencemarkan nama baiknya sebagai wanita bertudung.
ARTIKEL BERKAITAN: Nama ‘dipetik’ bakal naik pelamin, Hawa Rizwana belum jumpa calon suami
ARTIKEL BERKAITAN: Belum ada insan istimewa di hati Hawa Rizwana, pelik muncul gosip sedang bercinta
Tambahnya, tindakan itu juga disifatkan satu bentuk gangguan seksual.
"Video itu buat orang pandang serong kepada saya dan ia tindakan tidak beretika. Saya okay kalau dia rakam dalam keadaan saya tengah bersedia.
"Tindakannya itu adalah satu gangguan seksual sebab keadaan sebenar saya ketika itu sedang gemuruh," ujarnya.
Hawa akan ambil tindakan kalau perkara itu melampau.
Dalam pada itu, Hawa memberitahu dia tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan kerana video tersebut sudah dipadam.
"Setiap perkara ada batasnya. Kalau sudah melampaui batas saya akan ambil tindakan undang-undang tapi isu ini saya masih boleh bertolak ansur lagi.
"Saya anggap video itu hanya gurauan jadi saya tak ambil apa-apa tindakan," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube