PELAKON Sathia bakal menjalani pembedahan memotong ibu jari kaki kanan akibat jangkitan kuman di Hospital Ampang pada pukul 7 malam Khamis.
Sathia atau nama sebenarnya Sathia Periasamy, 61, berkata dia sudah empat hari dirawat di hospital sejak Isnin lalu.
"Saya sudah empat hari menerima rawatan di hospital dan akan melakukan pembedahan potong ibu jari kaki kanan pada petang ini (Khamis).
Sathia memaklumkan dia kini berada dalam keadaan baik.
“Saya juga sudah dua hari berpuasa mengikut nasihat doktor. Saya tidak boleh makan dan minum hanya drip air sahaja," katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Sathia, dia tidak mengetahui punca jangkitan tersebut sebaliknya hanya mengalami kesakitan pada bahagian kaki secara tiba-tiba.
Pun begitu, Sathia memaklumkan dia kini berada dalam keadaan baik dan tidak mahu orang ramai risau mengenai masalah kesihatan yang dihadapi.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu jari kaki Sathia terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman
ARTIKEL BERKAITAN: Sathia semakin sihat selepas 2 kali kena strok, sudah tak boleh memandu - “Saya bukan mati lagi, ‘tarik’ sikit saja”
"Sebenarnya saya pun tidak tahu nak cakap macam mana. Tiba-tiba sahaja sakit pada bahagian kaki dan saya terus pergi ke hospital.
"Tak mengapalah, kecil punya hal. Biasalah sakit sudah tua. Saya memang ada kencing manis, semua sakit saya ada.
"Jangan risau, semuanya baik-baik saja saya masih hidup lagi," ujarnya.
Ditanya mengenai kehidupannya selepas melakukan pembedahan potong jari kaki kanan, Sathia berkata ia tidak mengubah aktiviti hariannya termasuk mencari rezeki dengan berlakon.
"Saya tidak takut kehilangan ibu jari ini dan saya rasa ia tidak akan mengganggu kehidupan seharian lebih-lebih lagi untuk bekerja.
Sathia kini dirawat di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.
"Terima kasih kerana ambil perhatian, doakan agar urusan pembedahan saya dipermudah," katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang iaitu Syerleena Abdul Rashid memaklumkan ibu jari Sathia perlu dipotong supaya jangkitan tidak merebak ke seluruh badan.
Syerleena turut berkongsi keadaan Sathiya yang sedang menerima rawatan di wad hospital.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube