PELAKON Sathia dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada ibu jari kaki kanan.
Hal demikian dikongsi oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang iaitu Syerleena Abdul Rashid yang memberitahu ibu jari pelakon berkenaan perlu dipotong supaya jangkitan tidak merebak ke seluruh badan.
"Dapat sahaja tahu tentang Sathia, saya terus bergegas ke hospital dari parlimen untuk ziarah.
Sathia mengalami jangkitan kuman pada ibu jari kaki.
"Ibu jari kaki kanan kena kuman dan perlu dipotong, kalau tak boleh kena jangkitan pada badan," katanya.
Syerleena berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Syerleena turut berkongsi keadaan Sathiya yang sedang menerima rawatan di wad hospital.
ARTIKEL BERKAITAN: Sathia masih berlakon, tak gemar ‘menggemis’ tawaran dari produksi... Di usia 60 tahun lebih suka habis masa bersama keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Sathia semakin sihat selepas 2 kali kena strok, sudah tak boleh memandu - “Saya bukan mati lagi, ‘tarik’ sikit saja”
Meskipun kakinya berbalut, Sathia sempat bergurau memberitahu keadaannya baik dan masih boleh bermain bola sepak.
Malah, seorang wanita dipercayai jururawat yang merawat Sathia memaklumkan pelakon berkenaan perlu berpuasa pada Selasa kerana mengalami tekanan darah tinggi.
"Semalam (Selasa) kena puasa, darah tinggi dia (Sathia) tengah naik," ujarnya.
Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Sathia gagal selepas panggilan dibuat tidak dijawab.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube