suria

Amira Othman kantoi tahu password telefon Fattah Amin... “Korang nampak ke?”

Amira (kiri) meminjam telefon milik Fattah untuk tujuan mencari lirik.

GELAGAT Amira Othman sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila dikatakan mengetahui kata kunci telefon pintar milik aktor Fattah Amin. 

Menerusi video tular di TikTok, Amira atau Nadia Amira Othman, 32, sedang berinteraksi dengan pengikut menerusi sesi siaran langsung bersama Fattah. 

Aktres berkenaan dengan santai meminta pinjam telefon pintar milik Fattah kerana mahu membuat pencarian lirik lagu. 

"Abang Long (panggilan Fattah), pinjam telefon. Nak google lirik. 

Amira sebelum ini sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Fattah.

Amira sebelum ini sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Fattah.

"Mereka (netizen) nak kita duet," katanya. 

Namun, apa yang lebih menarik perhatian apabila penyanyi lagu Hati Hati ini dilihat secara spontan seperti memasukkan kata kunci pada telefon tersebut. 

Hal itu mendapat perhatian pengikut yang sedang menonton sesi siaran langsung itu sekali gus membuatkan Amira terkejut kerana tindakannya itu disedari ramai. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amira Othman mengaku terima bunga, dedah Fattah Amin antara kawan rapat lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin ulas cepat ‘move on’, soal jodoh serah pada Allah

"Eh, korang (netizen) nampak ke saya buka password (telefon bimbit)? Macam mana mereka nampak," ujarnya.

Sebelum ini, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Amira selepas aktor berkenaan bercerai dengan pelakon Nur Fazura pada 7 Oktober tahun lalu. 

Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama mStar, Amira menjelaskan mereka hanya bekerjasama dalam muzik video single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin?

Pun begitu, hari demi hari Fattah dan Amira dilihat sering bersama kerana mempunyai komitmen kerja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain