suria

Penjara Narathiwat nafi Eda Ezrin fail cerai, dibenarkan jumpa suami sebulan sekali

Sebelum ini timbul dakwaan bahawa Eda memfailkan cerai terhadap suaminya.

PENJARA Wilayah Narathiwat, Thailand menafikan dakwaan bahawa penyanyi Eda Ezrin memfailkan cerai terhadap suaminya Mohamad Afendi Ahmad. 

Pengarah penjara berkenaan iaitu Surin Chantep memberitahu Eda tidak pernah membuat sebarang tuntutan fasakh seperti dakwaan yang tular sebelum ini. 

"Kami tidak menerima sebarang permohonan daripada Eda. Ini hanyalah khabar angin tidak berasas. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh timbul kerana dia (Eda) tidak pernah menyuarakan hasrat demikian," katanya seperti dalam laporan Harian Metro. 

Dalam pada itu, Surin berkata meskipun sama-sama ditahan di penjara, penyanyi lagu Bey Soba Bey itu diberi kebenaran berjumpa dengan suaminya sebulan sekali pada setiap Rabu.

Eda masih dibenarkan untuk berjumpa suami meskipun ditahan di penjara.

"Untuk makluman keluarga dan peminatnya, pihak penjara membenarkan dia (Eda) bertemu dengan suaminya sebulan sekali pada setiap Rabu. 

"Pertemuan selama 20 minit itu dipantau oleh seorang pegawai penjara," ujarnya. 

Sebelum ini, timbul khabar angin Eda memfailkan permohonan cerai tersebar dalam kalangan peminat dan ahli keluarganya baru-baru ini.

Pada 6 Mac lalu, Eda dan Mohd Affendi dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November tahun lalu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi ‘Bey Soba Bey’ kirim salam, Eda Ezrin reda beraya di sebalik tirai besi

ARTIKEL BERKAITAN: Eda Ezrin, suami dan 4 rakan kembali ke penjara, pendakwaan mungkin fail rayuan bebas pertuduhan miliki dadah

Turut dibebaskan adalah empat rakan mereka iaitu Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26 tahun. 

Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas mahkamah meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan saksi semasa perbicaraan. 

Pun begitu, selepas bebas daripada tuduhan memiliki pil yaba itu, Eda, suami dan empat rakannya masih perlu menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi. 

Hal demikian kerana pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan dibuat oleh mahkamah. 

Eda, suami dan empat lagi rakannya ditahan di Thailand pada November tahun lalu.

Eda, suami dan empat lagi rakannya ditahan di penjara Thailand.

Untuk rekod, pada 2 November tahun lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam indvidu ditahan oleh pihak polis Thailand.

Mereka ditahan Bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November. 

Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 4 November tahun sama. 

Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin kerana bimbang kesemua enam suspek berpotensi melarikan diri sekiranya perkara itu dibenarkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain