suria

Bella Astillah tergelincir di kawasan air terjun, Syed Saddiq cemas tak sempat tolong

Bella jatuh tergelincir dipercayai sewaktu menjalani sesi fotografi.

PELAKON Bella Astillah berdepan detik cemas apabila tergelincir di kawasan air terjun dipercayai sewaktu menjalani sesi fotografi sebuah jenama pakaian. 

Menerusi perkongsian video di media sosial, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, bersama rakan kerja iaitu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat sedang menuruni jalan di permukaan batu air terjun. 

Disebabkan permukaannya yang licin, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu ini jatuh tergelincir tanpa sempat dibantu oleh Syed Saddiq. 

Perkongsian Bella di Instastory miliknya.

Perkongsian Bella di Instastory miliknya.

"Video 10 saat yang cukup mendebarkan, superman Muar (Syed Saddiq) pun tak sempat nak buat apa-apa," katanya. 

Bella berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Sabtu. 

Dalam perkongsian tersebut, Syed Saddiq turut dilihat cemas apabila melihat aktes berkenaan terjatuh. 

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz reda, doakan kebahagiaan Bella Astillah dan Syed Saddiq 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah serah jodoh dengan Syed Saddiq kepada takdir… “Tak manis untuk kongsi perancangan masa depan”

Bagaimanapun, video berdurasi pendek itu tidak memaparkan kejadian yang berlaku selepas itu. 

Sementara itu, dalam perkongsian lain Bella turut memuat naik paparan perbualan mesej dia memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga. 

Jelas Bella, dia akan melakukan pemeriksaan selepas ini kerana bimbang berlakunya darah beku. 

"Nasib baik tak lupa ingatan, tapi balik dari Sabah nak buat pemeriksaan takut ada darah beku," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain